Catatan

Shopee Kerusi Tongkat

Imej
Shopee Kerusi Tongkat. Balik dari hospital Rabu lepas kepala aku dah mula ligat berfikir. Takkan nak pakai tongkat dua pasang ni lelama. Masak weh. So. Masa dok lepak kat Mydin tunggu mama, jari ligat dok mencari kat shopee. Dapat. RM30. Terus beli. Hari ni dah sampai. Laju jugak tu. Sakan ngetest. OK la jugak. Si ici pun siap main sekali. Mama dia tanya, ici dah tua eh. Tak la. Ici buat gaya orang sakit cam abah la. Bertuah tul ici ni. Dah la semalamnya buat karya agung guna pita pelekat kat dinding bilik. Haissshhh. Tak lama lepas tu sampai pulak game Tekken 7 yang memang dah lama aku nak. Akhir akhir ni jadi teruja pulak nengok world tour tornament tu. Seharian aku dok main ngan ici. Kekeke. Jangan maraa aaa...

First day at work

Imej
First day at work. Lama kan cuti. Tadi masa check attendence sheet pun rupanya bulan ogos ni aku kerja 7 hari ja. Yang lain semua MC. Masak. Semalam pun aku memang tak nak sebarang sambungan. Tu sebab aku kena test jugak bawak ke hospital. So hari ni jadi hari pertama kerja aku. Memang bawak dedua tongkat sebagai support. Sedap sikit jalan. Tangan la penat sikit. So. Semuanya berjalan dengan baik hari ni. Pejabat pun dah berubah banyak. Genap setahun kami duduk kat opis ni. Nak la ada perubahan sikit katanya. Aku? Banyak duduk lam bilik aje. Keluar pun bertongkat. Lepas makan ubat masa lunch tu seriously aku terlelap jugak. Lentok abis. Sedo sedo sakit jugak tengkok. Mana la tau aku leh terlentok baik punya. Balik pun OK. Si Naqiu sambut aku balik. Alhamdulillah. Half day dah lepas. Kita tunggu pulak full day Ahad ni. Aku nak try jalan tanpa tongkat pulak. Boleh?

Meronda hospital

Imej
Meronda hospital. Hari ni dah bertambah baik. Cuma. A bit lenguh lepas berjalan. Actually, kaki aku masih tak boleh lurus penuh. Tapi pasal sakit tu dah tak terasa, cuma terasa bila termiss pijak ke apa atau gelojoh berjalan. So. Pagi ni kita kasi setel semua dokumen untuk claim insuran. Bila tak gi hospital panel memang renyah sikit kerja dia, semua kita kena setel sendiri. Tunggu nak post aje ni. Hari ni banyak aku mencabar diri ini untuk bergerak tanpa tongkat sokongan. Cuma memang tak angkat barang la kan. Petang. Tunggu mama balik untuk ke hospital. Cuma. Aku akan bawak sendiri. Nak tengok camna rasa kan. Kalau dekat cenggini pun tak lepas, mana mungkin nak bawak sampai ke JB. Alhamdulillah. Ngam. Dapat park kat depan gitu. Lenguh sikit dok pedo tekan minyak dan brek. Sampai. Jumpa doktor. Memang tinggal aku sorang aje seperti yang telah dirancang. Datang jam 3 ke atas memang orang dah kurang kat sini. Setel. Lepas ni dah boleh mula ubat baharu. Jangan lupa terapi ais. Tanya juga

My Recovering Period

Imej
My Recovering Period. 19 hari. Tu la tempoh cuti yang aku dapat. Tak campur lagi 4 hari aku mc sebelumnya. Menjadikan bulan paling banyak aku terbaring di rumah. 3 kali susul semula ke hospital. Satunya siap takde apa apa rekod sebab kami tertinggal henpon. Pakai tulis nama aje kat pintu masuk hospital. Satu-satunya kot hari tu. Satu sebab utama adalah ini bukannya hospital panel aku. So. Ini cara terbaik dari segi pengurusan kos yang semuanya aku kena tanggung terlebih dahulu sebelum dapat dituntut dari insuran. Lepas discaj, rawatan diteruskan dirumah. Memang aku tak keluar bilik langsung pasal kaki aku memang sangat sakit untuk bergerak. Sepanjang masa terbaring atas katil dan ais diletak dari betis sampailah ke paha, macam kat hospital, cuma ni pakai ais pack yang dibalut tuala macam saranan doktor. Keluarga terdekat semua melawat aku di dalam bilik tidur. Memang takde nak amik gambar apa apa masa ni pasal menumpu pada kaki aje dan bila aku makan ubat lepas tu harus tidur aje. Kebe

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2021

Imej
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2021. Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Muat turun  Soalan Lazim (FAQ) Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Muat turun  Maklumat Umum Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata. PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki

Hari Kebangsaan Ke-63 2020 - aktiviti ici -

Imej
Hari Kebangsaan Ke-63 2020 - aktiviti ici -. Hari ni dihabiskan dengan aktiviti khas mengaler poster dan membuat dokumentasi sebelum dihaplod ke group tadika. Setel mengaler dah mula beraksi depan kamera la pulak. Malu malu si ici macam biasa. Layan aje la. Hehehe.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020

Imej
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2020 kepada semua pengunjung blog. Malaysia Prihatin. Bersama kita hidup berbilang bangsa dalam keadaan harmoni, seia sekata, bersatu dan kasih pada negara. Biasanya sebulan aku penuh dengan promosi kemerdekaan. Tapi kali ni betul betul aku dimerdekakan dari semua gajet. Bulan terbaring nama dia. Makan ubat. Tido. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Recovering @ home

Imej
Recovering @ home. Masanya tiba untuk recovering mode kat rumah. Guna 3 ice pack. Satu kat bawah lutut, satu kat betis, satu kat paha. Leman balik meronda terus lepak kat kaki aku. Suka la tu. sejuk sejuk salji gitu. Kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur kesan daripada ubat. Aku akan bangun around satu ke dua jam sebelum masa makan ubat seterusnya. Cuma yang tak best cara bangun tu. Biasanya bangun terkejut. Entah kenapa. Tapi aku tak ingat pulak apa yang aku ngigau. Malam tu adik call. Nak singgah katanya. Dah sampai Johor dah pun. Lama tak jumpa walau dia duduk kat Bangi ja pun. Borak panjang malam tu. Sempat video call dengan keluarga kat kedah sekali. Masing-masing dah lama tak bersua secara fizikal. InsyaAllah. Moga ada rezeki lepas ni.

Gleneagles Hospital Medini Johor - warded for treatment

Imej
Gleneagles Hospital Medini Johor - warded for treatment. At last aku ke hospital jua. Memang dari awal klinik dah maklum, kalau masih sakit diaorang akan buat refer letter ke hospital. Kebetulan petang selasa tu aku masih rasa sakit. Dah dekat dua minggu aku pakai knee support. Dr Yap yang check aku pun suruh baring. Ini memang kena ke pakar dah ni katanya. Ada sindrom apa ntah, aku dah lupa. Dia suruh jumpa sifoo dia kat gleneagles. Terus dia call dan buat appointment jam 8.30 pagi untuk aku dengan Dr suhaeb. So. awal pagi aku gerak ke gleneagles. Pening. First time sampai sini. Park kat belakang. Masak la nak menapak. Mana nak tau kan. Lif pun lum buka. Guard bawak aku masuk ikut lif staf terus ke lobi. Sampai lobi, staf yang sambut aku terus sorongkan whellchair. Teruk sangat ni cik. Memang hospitality staf kat sini sangat sangat bagus. Selesai pendaftaran tunggu jap sementara pejabat doktor dibuka. Ada staf yang bantu aku ke pejabat doktor di tingkat 5. Jumpa doktor dan terus buat

Digi Store Danga Bay

Imej
Digi Store Danga Bay. Singgah di sini untuk tutup dua akaun berikutan rumah aku dah setel pemasangan Unifi. So line Digi Infinite untuk tenet dan line Digi28 sebagai ganti line tepon rumah aku tamatkan. Terima kasih atas perkhidmatan selama ini. Kalau dah boleh dapat perkhidmatan yang lebih laju dan stabil dengan harga yang sama, memang rugilah kalau tak bertukar kan. Ramai orang juga petang ni. Duduk aje la kat kaki lima sementara nunggu giliran masuk. Staf memang terbaeekkk!!!! kat sini. Laju beb buat kerja. TQVM pada semua.