My Recovering Period


My Recovering Period. 19 hari. Tu la tempoh cuti yang aku dapat. Tak campur lagi 4 hari aku mc sebelumnya. Menjadikan bulan paling banyak aku terbaring di rumah. 3 kali susul semula ke hospital. Satunya siap takde apa apa rekod sebab kami tertinggal henpon. Pakai tulis nama aje kat pintu masuk hospital. Satu-satunya kot hari tu. Satu sebab utama adalah ini bukannya hospital panel aku. So. Ini cara terbaik dari segi pengurusan kos yang semuanya aku kena tanggung terlebih dahulu sebelum dapat dituntut dari insuran. Lepas discaj, rawatan diteruskan dirumah. Memang aku tak keluar bilik langsung pasal kaki aku memang sangat sakit untuk bergerak. Sepanjang masa terbaring atas katil dan ais diletak dari betis sampailah ke paha, macam kat hospital, cuma ni pakai ais pack yang dibalut tuala macam saranan doktor. Keluarga terdekat semua melawat aku di dalam bilik tidur. Memang takde nak amik gambar apa apa masa ni pasal menumpu pada kaki aje dan bila aku makan ubat lepas tu harus tidur aje. Kebetulan masa ni cuti sekolah. Jadi semua ada kat rumah. Rezeki namanya ni. Kijam siap bagi pinjam tongkat untuk aku pakai. Slow slow aku belajar pakai untuk bergerak lepas dah agak ok sikit. Masani atuk dan nenek kedah pun datang ziarah juga. Meriah rumah. Tapi aku tetap lam bilik, banyak tidur lepas makan ubat. Bangun. Ngam ngam dalam satu ke dua jam untuk masa makan ubat berikutnya.

Hari last cuti sekolah, masa untuk sesi susulan dengan doktor. Masa ni sakit tu dah kuran, cuma ligamen tu masih bengkak dan kaki aku masih tak boleh lurus atau bengkok dengan baik. Doktor bagi ubat baharu. Cukup untuk sebulan. Balik dan mulakan ubat baharu. Target. Nak turunkan aras asid urik aku. Esoknya aku rasa macam makin teruk semula. Sudah. Call doc dan dia suruh aku datang untuk dia tengok semula. Yang ni aku tak rekod. Henpon pun tertinggal. Aku dan mama. Tak tahan sakit tu beb. Kaki dah mula jem semula. Doc periksa dan dia terus tukar ubat baharu. Ubat yang diberi asal tu tak cukup untuk aku. Huhuhu. Makan ubat baharu. Macam OK sikit. Tapi... dalam dua hari gitu, dia kembali ke asal. Wahhh. Kebetulan doc call tanya macam mana. Sekali lagi aku bertukar ubat. Doc kembalikan ke ubat asal. Not so good for you, but nak buat camna kan. Alhamdulillah. Aku semakin ok. Dan hari ni akan ada satu lagi susulan dengan doc. Doakan yang terbaeekkk!!!! Tak lupa, terima kasih pada semua yang hadir dan mendoakan kesejahteraan aku.  
mama sentiasa bawakan makan minum aku ke bilik sepanjang masa

ice pack untuk kaki

camni la. banyak ke lutut dahulu sebelum gerak ke paha dan betis

peneman setia aku

hehehe

apa tengok tengok

layan movie pun sekali

ko pun sibuk layan tamil ko

sesekali

belajar guna untuk mula bergerak

ubat first batch

mika, miki dan miko

semua ni dah hilang. suka duduk dalam enjin kereta dan tak tahu la jatuh kat mana. sekor sekor hilang

ziarah atuk dan nenek kedah

makan besar

ni malam sebelum susulan pertama

semua ada

cuti

bergambar sebelum gerak ke hospital




we are here

lepak ngam leman. kaki dah makin sakit selepas tukar ubat

call doc dan jumpa semula. sekali lagi tukar ubat

ice pack tambahan dah sampai

dia yang lebih

ziarah dari team spmict sebelum susulan. actually kaki masa ni sakit semula

susulan ketiga

sakit semula weh

lepak menanti doktor

layan minum carrot orange

tukar ubat asal dan sambung lagi

ziarah en firdaus n famili

mama terus mula sesi sebab alang alang aku dah kat luar katanya


sakan ko yer



ziarah haji shahilon

ziarah team s4pd dan rakan-rakan



--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam