Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2017

And here come another fogging

Imej
And here come another fogging. Masa ni aku masih enjoy berada kat luar. Kali pertama kan. Eksen la. La ni. Dok lam kereta aje ler. Mana tahan kalau dah kerap sangat kena fogging kan. Memang syok amik gambo ni. Happy. Kebudaks siap main main lam asap. Hahaha. Masa tu la.

Merayap malam @Gelang Patah

Imej
Merayap malam @Gelang Patah. Bukan sesaja nak merayap. Inaz tetiba kata dia nak beli pensel khat dan segalanya. Aku pulak memang dok mamai lagi. Adesss... Untung nasib la kalau kedai bukak lagi. Terus pecut ke talent. Penuh kebudaks sekolah sini. Hahaha. Memang diaorang pun dah biasa ngan keadaan gini. Sorang ja budak cari benda, akan ramai la budak akan datang; cari benda yang sama. Setel. Terus gerak balik. Hilang terus ngantuk malam ni. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

More fogging on Wawasan 2

Imej
More fogging on Wawasan 2. Baru dok lepak lepak sekali pengumuman dibuat. Nak fogging lagi. Layankan aje. Lepak masuk lam kereta. Cuma. Kejap bebeno la pulak petang ni.

Taklimat Audit MS ISO JPN Johor 2017

Imej
Taklimat Audit MS ISO JPN Johor 2017. 22 Mei pakat berkumpul di bilik bengkel SJQ. Taklimat untuk audit ISO nanti. Terus setkan auditee. Cam biasa. Kami kena 3 main PK; 15, 16 dan 18. All the best la pada semua. Setel aje turun ke SPsK. Cari mesin urut kaki. Sambung treatment aje ler aku sepanjang minggu ni. Layan.

Jom jenjalan urut kaki

Imej
Jom jenjalan urut kaki. 21 Mei tu memang aku dah tak tahan sangat. Kaki sebelah kiri aku dah teruk sangat ni. Memang dah mula bengkak sebelah atas. Pagi tu jenuh dok mikir. Aku nak gi klinik ke nak gi urut. Gi cari Izwan. Masa urut memang rasa urat kaki sebelah kiri aku memang tegang sampai ke lutut. Aiyooo. Memang aku belasah tul untuk Hari Guru kali ni. Lama simpan. Sekali belasah. Sib baik dah selesai semua baru mula sakit. Jadinya. Aku terpaksa la tak pergi ke Melaka esoknya. Simpan semula. Ni dah nak kena jaga balik. Play safe semula. Yang penting main event dah selesai.

Program Membudayakan Al-Quran : Ceramah Bulanan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Imej
Program Membudayakan Al-Quran : Ceramah Bulanan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. 18 Mei sebelah pagi. Ramai kot pagi ni bergegas ke dewan seminar. Nak dengar ceramah. Jarang dengo ceramah dari ustazah. Hehehe. Sekali masuk. Alamak. Sudah tukar ka. Hahaha. Rupanya ada sebab yang kurang baik menimpa dan terpaksa dicari ganti. But. Memang terbaeekkk!!!! ustaz gantian. Rugi sapa tak dengo. Simple. Yet. Sangat berkesan.

Posing Klasik Hari Guru Sekolah

Imej
Posing Klasik Hari Guru Sekolah. 18 Mei baru turn sekolah sekolah mula meraikan cikgu cikgu di sekolah. Sekolah mama pilih theme klasik tahun ni. Jarang aku berwefie ngan mama dan pagi ni mama nak jugak amik sebab jarang dapat peluang posing cenggini. Layan jangan tak layan. Lately aku nengok banyak pulak sekolah pilih theme ni. Hehehe. Baguslah.

26 Mei 2017 tarikh lihat anak bulan Ramadan

Imej
26 Mei 2017 tarikh lihat anak bulan Ramadan. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Jumaat ini, 26 Mei 2017 bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu. Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi merangkumi: Pontian Kecil, Johor Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Ke

Poliklinik Rozikin : Iqi sakit tekak

Imej
Poliklinik Rozikin : Iqi sakit tekak. 17 mei lepas. Hari yang a bit sibuk bagi aku. Balik agak lewat. Tapi iqi tetap kena dibawa ke klinik. Dah dua hari merengek sakit tekak. Alhamdulillah. Semua OK. Sempat ngepau mainan dengan mama dia. Layan aje la.

Program Membudayakan Al-Quran : Majlis Tahlil Perdana Siri 2

Imej
Program Membudayakan Al-Quran : Majlis Tahlil Perdana Siri 2. Pagi tadi kami beramai-ramai ke surau untuk siri 2 Majlis Tahlil untuk kakitangan JPN ni. Terbaeekkk!!!! Selesai aje terus ustaz Najib bagi taklimat berkenaan kaedah penentuan bulan Ramadan dan Syawal. Banyak yang kami dapat hari ni. Memang bagus tul ilmu falak ni. Baru faham kenapa boleh nampak atau tidak ni. Tak lupa ada sedikit pindaan bagi awal muharram tahun depan sebab dua syarat tak patuh. Tunggu surat siaran aje la. Seterusnya majlis pelancaran program ihya' ramadan dan misi kemboja mengambil tempat. Paling best masa nak keluar siap dapat nasi arab. Mantop. Hehehe.

Selamat Bersara Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Hamdan

Imej
Selamat bersara Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Hamdan. Tadi Haji Rahman sempat buat ziarah ringkas di SPMICT bersama team dia. Seronok borak-borak jap. Hilang seorang lagi kawan. Semoga Haji Rahman diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dirahmati Allah. Mohon ribuan kemaafan atas apa juga kesilapan dan keterlanjuran. Selamat bersara dan menunaikan ibadah puasa.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) : Taklimat @JPN Johor

Imej
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) : Taklimat @JPN Johor. Pagi tadi kami beramai-ramai lagi duduk di Dewan Seminar. Kali ni bersama barisan kepimpinan sekolah bagi taklimat PIPPK ni. Lima bab. Semua selesai. Terbaeekkk!!!! Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama. PIPPK ialah dokumen rujuk

Perhimpunan Bulanan Bil.5/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.5/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Pagi ni sepagi dalam dewan seminar. 4 dalam 1 program perhimpunan kali ni. Dalamnya perhimpunan ada sambutan hari pekerja. Dalamnya juga ada sambutan hari guru. Dalamnya juga ada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang. Marbeles. Lain dari lain. Cara masuk. Cara emcee ditukar. Hehehe. Adha tak cakap apa apa pun. Terus kena tukar aje. Dari team cikgu, jadi team kebudak pra u katanya. Sebab hari guru. Hehehe. team pengarah masuk sebagai pilot bersama tppj, ks skpp sebagai pramugari. Memang kelas ler. Hehehe. Yang lain pun leh tahan komitmennya. Memacam stail pekerjaan boleh ditengok. Selepas ucapan aluan pengarah. Terus disambung dengan ikrar dan nyanyian lagu hari guru. Selesai aje terus anugerah perkhidmatan cemerlang didahului oleh tppj sebagai penerima. Disambung dengan anugerah pada warga SBP. Baru aku tau sebab ni lah majlis pertama anugerah perkhidmatan cemerlang yang aku ikut kot. Hahaha. First time aku ikut tu sep

Sekolah Tun Fatimah : 20170519 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170519 Lawatan Hujung Minggu. Lawatan biasa biasa aje. Makan makan. Iqa bagi kad hari ibu custom made pada mama.

Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017

Imej
Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017. Pagi tadi ke SK Taman Nusa Perintis. Ada program motivasi untuk pelajar tahun 5 dan 6. Sebelum tu. Gi makan dulu kat nusantara. Dekat dua bulan aku tak pakai jam. Pagi ni baru pakai semula. Lain macam pulak rasanya. Kaki. Toksah cerita. Berdenyut semacam ni. Seminggu punya penangan. Jalan sana sini. Cuma kali ni effect dia lewat sikit. Dah habih semua baru mula nak terasa. Nampak macam minggu depan aku stay ofis aje la gini. Ni pun dah rasa lain macam sangat dah ni. Jalan dah makin mula perlahan dah. K. Berbalik pada program ni. Baru ja duduk lam dewan tetiba pengumuman dibuat. Ibu bapa ke bilik muzik. Anak di dewan. Hokaloh. Malas tul aku nak gerak. Tetambah dalam keadaan gini. Tak pe la. Gagahkan jugak merayap ke bilik muzik. Ada perkongsian antara YDP SK Medini berkenaan KSIB di sekolahnya. Selesai aje terus dilancarkan laman web KSIB SK Taman Nusa Perintis. Aku sem

Majlis Konvokesyen 2016 Sijil Darjah Khas Agama Zon 3 dan 4 daerah Johor Bahru

Imej
Majlis Konvokesyen 2016 Sijil Darjah Khas Agama Zon 3 dan 4 daerah Johor Bahru. Ni cerita yang a bit dah lama. Majlis Konvo Sekolah Darjah Khas Iqa. Buat pada 13 Mei yang lepas. Sama dengan mulanya larian muafakat guru itu hari. So. Hari tu memang aku tak join kumpulan hari guru. Cuma aku ikut perasmian Menteri Pendidikan kat Angsana aje sebelah petangnya. So. Pagi tu awal kami gerak. Singgah kat perling nak sarap. Satu kedai pun tak bukak lagi. Last last makan nasi lemak tepi jalan ngan air milo dari kedai mesra petronas. Takpe la. Janji perut berisi. On the way memang nampak ramai yang berbaju KrMJ. Dah laluan dan tempat hampir sama kan. Cuma aku lajak terus ke Pusat Islam. Sampai sana. Pergghhh... Kaku jap. Sudah. Daftar kena dengan cikgu sekolah agama dia. Poning beb. Iqa ni ngajinya kat sekolah lain. Ambik periksa kat sekolah lain. Result semua kat sekolah diambil periksa. Mana la dia nak cam sangat geng geng dia. Kekeke. Terpaksa la tanya setiap ustaz ustazah setiap barisan ma

Taklimat Pelaksanaan Projek ICT JPN Johor 2017

Imej
Taklimat Pelaksanaan Projek ICT JPN Johor 2017. Sebelah petang lepak dalam bilik mesyuarat utama. Ada taklimat daripada BPM. Kusangka ada 3. Rupanya 4 vendor. Mulanya dengan Prestariang untuk Microsoft. A bit tak best sebab Power BI dia tak cover sebab PADU dah registered katanya. Lepas tu dengan Telekom Malaysia on GovNET. Next come Novalis kalau tak silap berkaitan dengan anti virus baharu. Dan diakhiri dengan novalis jugak berkaitan PM untuk server. Tu yang ingatkan 3 aje tu. Pasal novalis aje ada dua representative. Last BPM buat rumusan sebelum taklimat ditutup. Jam 6.00 petang jugak baru setel. Perghhh!

Small eat eat SPMICT Hari Guru 2017

Imej
Small eat eat SPMICT Hari Guru 2017. Setel bab pengarah, KS tanya nak makan apa. Wahahahaha. Ketawa jahat tu. Dok mikio jap. Kita tepon aje Nasi Ayam Penyet Jakarta. Siap ngantor sampai ke opis. Terbaeekkk!!!! Makan makan hari guru. Tinggal takde sukaneka ngan nyanyi nyanyi aje. Takpe. Tahun depan mus ngan adi asah lidah. Boleh buat persembahan. Kekeke. Shima dari kurus keding dah boleh nak celen fizal dah body dia. Makan aje.

Sepagi bersama pengarah

Imej
Sepagi bersama pengarah. Actually. Dari semalam aku dok mikir nak buat something dari pengarah untuk semua cikgu-cikgu Johor. Sekali pagi tadi, baru ja aku duduk kat meja tetiba yati call. Bos nak jumpa jam 8.15 pagi. Wah. Dalam kepala  dah mula dok mikir sebab apa. Terus prepare dokumen EKMLTK pasal tu yang paling dekat nak kena setel. Jumpa bos. Memang. First dia tanya pasal EKMLTK. Selesai. Bab dua keluar. Saya nak bagi ucapan terima kasih saya khas pada semua. OK. Terus gi prepare. Tepon fizal. Kamera mana nak pakai yer. Last last aku teringat kamera galaxy aku memang aku letak lam laci semalam. Memang macam Tuhan dah lorongkan aje. Biasanya aku memang simpan dalam laci di rumah. Bila ada benda atau majlis baru aku bawak. Fizal dah ready. Tempat dah setting. Aku karang sikit. Timbalan pun bantu semak. Suruh mus semak. Siap tambah pantun gitu. TQVM mus. Tengah dok nengok sekolah pun sempat lagi nak nolong. Rakam. TQVM pada Fizal. Dari awal sampai la gabung dan edit. Setel. Mustak

Perayaan Hari Guru Kali Ke-46 2017 Johor : From My Point Of View

Imej
Perayaan Hari Guru Kali Ke-46 2017 Johor : From My Point Of View. Yang pasti. Hari ni penat. Sampai kat situ awal. 7.15 pagi dah sampai kat stadium. Parking. Terperasan seseorang yang aku rasa sangat aku kenal. Yup. Member lama. Gi borak borak jap. Sambil berjalan baru aku tahu yang dia la ni dah jadi pegawai khas KPPM. Tak sangka noo... Hahaha. Ronda jap around tempat pendaftaran. Ronda masuk. Sekali en. Baba panggil. Dua isu. Azhar BTPN dan Pegawai Media Pejabat PM. Hmmm... Setelkan jap. Ronda luar jap. Sempat selfie ngan artis hari ini. Terbaeekkk!!!! Kalau korang perasan pun. Aku memang lebih banyak bergambar dengan rakan-rakan lama daripada VIP. Memang habit dari dulu kot. Orang belakang tabir. Kecuali deme datang, kena la entertain kan. Masuk dalam. Cari tempat paling strategik mengikut amalan aku, Wakakaka. Memang aku pun dah tak larat nak jalan or berdiri lagi dah pun sebenarnya. Terus aku lepak aje kat situ sampai la majlis habis. Sempat borak ngan cikgu Aziz. Dah jadi peng