Hujan diturunkan sebagai rahmat

Hujan diturunkan sebagai rahmat. Alhamdulillah. Petang ni sejuk sikit suasana di kampung. Banding semalam. Panas terik. Terasa hingga ke sebelah malam. Hari ni. Syukur. Tuhan menurunkan rahmatNya. Dalam al-Quran ada disebutkan bahawa Allah SWT menurunkan air dari langit dan membantu menyuburkan muka bumi untuk tujuan bercucuk tanam. Seterusnya hasil pertanian akan memberi manfaat kepada manusia dan juga haiwan. Selain itu, hujan yang diturunkan dari langit juga menyerap jauh ke dalam tanah, ditapis dan dibersihkan oleh struktur tanah; lalu keluar sebagai mata air dan mengalir ke sungai-sungai untuk kegunaan seharian manusia.

Hal ini telah dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT (Surah an-Nahl, ayat 10-11) yang bermaksud: "Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak; makan padanya. Dia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanam-tanaman dan pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga daripada segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."

Hujan yang turun membasahi bumi.


Pemodenan versus semulajadi

Rahmat Tuhan yang membasahi bumi


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam