Selamat Menyambut Hari Gawai dan Tadau Kaamatan 2014

Selamat Menyambut Hari Gawai dan Tadau Kaamatan 2014. Rakan-rakan Sabah dan Sarawak pakat dah balik ke kampung halaman. Baru terperasan. Kenapa cuti sekolah kali ni di awalkan. Camner la aku leh tak perasan. Nampak nor dok nengok cuti negeri sendiri sahaja. Takpa. Jom kita nengok sikit apa pakcik gogel cakap pasal kedua-dua perayaan ini. Tadau Kaamatan disambut pada 30 dan 31 Mei ini, manakala Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun.


Hari Gawai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Rujuk sini untuk artikel penuh.

Perayaan Gawai Dayak secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru..
Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai Dayak disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.

Tadau Kaamatan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Rujuk sini untuk artikel penuh.

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied