Cara Semak Arah Kiblat 28 Mei 2014

Cara Semak Arah Kiblat 28 Mei 2014.


Minggu ni dalam mesyuarat pagi. Dikongsi bersama pasal perkara ni. 28 Mei 2014 adalah tarikh di mana umat Islam boleh menyemak arah kedudukan kiblat yang terkini melalui kaedah Istiwa’ matahari di Kaabah. Umat Islam boleh menyemak ketepatan arah kiblat pada hari ini, Rabu, 28 Mei 2014 jam 5:16 petang. Istiwa' matahari ni adalah ketika dan waktu dimana matahari berada tepat di atas Kaabah.



Bila fenomena ini berlaku, sebarang bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di tempat-tempat lain di muka bumi.

Kaedah semakan.

  1. Pacak/Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah lapang.
  2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus.
  3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
  4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan.




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam