Catatan

SEMAKAN KEPUTUSAN CALON GANTIAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2016

Imej
SEMAKAN KEPUTUSAN CALON GANTIAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2016 Semakan Keputusan Calon Gantian Bagi Program  Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016 boleh dilakukan mulai 23 Jun 2016 jam 3.00 petang sehingga 10 Julai 2016 jam 12.00 tengah hari . Sila layari http://pismp2016.ipg.edu.my untuk membuat semakan. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Wilcha Seharian

Imej
Wilcha Seharian. Akhirnya. Setelah beberapa kurun. Terpakailah juga akhirnya medical card CuepacCare aku tu. Dalam keadaan belah bagi. Sampai jugak kami ke Hospital Pakar Puteri. Bukak je pintu dah petugas hospital tunggu dengan wilcha ni. Susah payah jugak aku nak gerak ke sini. Dalam keadaan kaki aku yang hanya boleh berada lam posisi 90 degree tu aje, akhirnya dapat jugak naik ke atas wilcha tu. Punya la laju ditolak, hahaha; dah sakit tu memang la aku kata laju dan ngeri. Ngan sakit kaki sekali tokleh gerak mana-mana. Siap cakap kat mama, jangan la tolak laju-laju. Takut ni. Sekali toleh. Aiyeee. Sekali petugas tu la yang tolak sambil mama senyum-senyum nengok gelagat aku. Masuk dalam terus mama daftarkan aku. Eheh. Nak ngambik gambo ler. Dah nama bloger kan. Baru je nak snap. Dah. Jom kita ke bilik doktor. Aisehman. Sekali laju pulak sesi daftar ni. 9.15 pagi. Kami pun tiba le ke bilik doktor. Berbaris deretan wilcha dengan aku yang paling depan. Kekeke. Huhuhu. Macam nak gra

Pizza Birthday Girl

Imej
Pizza Birthday Girl. Semalam birthday adik inaz. Birthday dia ada gabungan hari lahir aku dan mama. Bulan aku, hari mama. Tanya nak makan apa. Dalam kepala aku nak belikan KFC untuk masa berbuka. Sekali dia kata nak pizza. Sup nak dua. Ayam nak dua. Tak kisah lah dik. Meh sini kita order sesama. Best jugak dah ada delivery kat gelang patah. Semua leh order online je. Habis je order dah resah. Bila nak sampai ni bah. Bila nak sampai. Dah tunjuk kat dia ada tracker. Bila dah sampai stage last, siap call. Kalau tak sampai dalam 15 minit. Call saya balik katanya. Wah. Bertambah bermutu perkhidmatan dia la ni. Tak sampai 5 minit pastu adik inaz dah panggil aku. Bah. Dia terlajak la bah. Terus aku pun keluar panggil dia jugak. Hehehe. Dah dapat apa yang dia nak. Cuma luka kaki dia masih tak baik. Ish ish ish. Sama pulak nasib kebudak jun berdua nih. Memasing sakit kaki, di bulan kelahiran. Aku kuman, adik luka. Nasib nasib.

Pelangi Pagi @Gelang Patah

Imej
Pelangi Pagi @Gelang Patah. Pagi Jumaat tu perasaan di hati amat kucar kacir. Segala benda bermain di benak. Tu nak tunjuk betapa aku ni memang sangat risau nak gi hospital. Setelah didesak semua, aku ikutkan juga. Tapi... Hanya Tuhan yang tahu betapa takut, risau, ngeri; dan segala jenis ketakutan bersarang di minda. Dok je lam kereta kat seat belakang. Beranikan diri. Mama ngan Atuk cakap apa pun aku dah tak dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dok mikir camner ler aku leh terjebak jugak akhirnya nih. Sekali sampai kat Nusantara nampak keindahan alam yang jarang aku tengok sedekat ini. Tenang jap jiwa aku. Terima kasih Tuhan.

The Pain : Saat tika ianya bermula

Imej
The Pain : Saat tika ianya bermula. Baru la dapat aku masa untuk menulis semula. 14 Jun. Saat mula aku merasa kesakitan ini. Sangat berbeza dari yang sebelumnya. Yang lama dah hilang. Kadang kala muncul. Tapi sekadar sengal gitu. Tapi. Sahur pagi tu amat beza. Pelik sekali kesakitan kali ni. Lutut pulak tu. Aku tak boleh luruskan kaki aku dengan sempurna. Tapi aku tolak ke tepi dahulu. Siap macam biasa. Terus pergi kerja. Namun. Dari semasa ke semasa. Kesakitan makin menyengat. Pelik sekali sakitnya ni. Dalam pada masa mesyuarat. Kepala aku dah ke lain. Aku harus selesaikan kerja yang satu ni dengan segera. Dari dalam mesyuarat. Sampai la aku selesai. Terus emel ke pegawai sepatutnya. Alhamdulillah. Balik. Malamnya. Sakit sangat sangat. Minta abah tolong urut. Abah kata macam ada bijik angin dalamnya. Rasa relief sikit lepas kena picit. Sahur 15 Jun. Dah makin teruk. Nak lurus. Makin tak lurus. Nak bengkok. Tak boleh habis. Sudah! Kaki kanan aku dah totally out untuk bergerak be

Penambahbaikan Frog VLE Jun 2016

Imej
Penambahbaikan Frog VLE Jun 2016. Maklumat lanjut boleh layari url berikut :  https://frogasia.com/learncentre/?page_id=1422 . Banyak penambahbaikan pada laman. Hope apa yang aku minta hari tu ada dan berfungsi sewajarnya. Crossfinger. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016

Imej
Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016. Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini. Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, hari ini. Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu. "Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya. Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai seh

Recovering @Home

Imej
Recovering @Home. Alhamdulillah. Semalam dah discaj dari wad. Shukur sangat-sangat. Ada perkembangan yang sangat positif. Mama memang ban habih semua aku nyer gajet. Once. Aku bebas dari semua bebanan. Tu yang sampai berabuk blog ni. Laju masa berlalu. Dah seminggu berlalu. Seminggu yang lepas, azab aku menahan sakit yang amat kat lutut. Tak boleh nak bengkok, tak boleh nak lurus. Masak. Yang tak tahan bila menahan bisa tu. Nak nak pulak, bila nak gerak ke bilik air. Kenangan manis di hari jadi orang Jerman kata. Hehehe. Tapi tu akan aku ceritakan satu persatu dalam masa terdekat. Nak kata fully recover tu taklah lagi. Tapi ada perkembangan positif. Ada la sepapan dua antibiotik untuk dihabiskan. Ni pun masih sengal sengal lagi. Tak boleh nak bengkok atau lurus habis lagi ni. Tapi. Dapat la jenjalan hilang boring jap ke PC tempat biasa mengada ngada mengarang kisah duka lara. Apapun. Memang aku dapat yang terbaik sepanjang berada di wad, dari pengalaman dan pelajaran; depan mata b

Yok Jalan : Bazar Ramadan Nusa Perintis

Imej
Yok Jalan : Bazar Ramadan Nusa Perintis. Ya. Dua hari aku try untuk berjalan di Bazar Ramadan selepas edisi Plaza Angsana berjaya. OK. Orang tak berapa ramai sangat pasal aku gi lepas aku balik kerja. Hakikatnya. Lepas jam lima terlalu packed dengan manusia. Aku sampai diaorang baru prepare untuk jual. Hehehe. Semalam. Agak berat agaknya. First time hari semua manusia kerja kat JB. Mula kerja a bit jem. Balik pun jem. Tambah dengan masa aku menunggu ikan bakar yang aku order, pagi ni tetiba lutut pulak jem. Adeshhh... Nak kena cool down balik ni.

Yok Jalan : Bazar Ramadan Plaza Angsana

Imej
Yok Jalan : Bazar Ramadan Plaza Angsana. Dah alang alang singgah Angsana, terus tapau sekali ke bazarnya. Mulanya membeli barang keperluan Iqa di UO. Sambung pulak beli sedikit juadah tepi nak bukak kat asrama nanti. Masa ronda pun banyak bertembung dengan kebudaks STF yang turut sama membeli. Ye lah. Baru abis cuti. Semua nak check-in masuk semula asrama. Last dapat bersama keluarga beli makanan berbuka. Pasni makan makanan asrama aje lah ye. Setel kat sini baru gerak ke stf. Kenderaan. Packed. Tu lum cerita masa aku keluar. Lagi packed!