Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel movie review

Movie Review : Inception (2010)

Imej
Two thumbs up untuk filem ini Tak cukup ngan ngangkung, mata aku dah start mintak lebih. Sambung la pulak ngan cerita Inception lakonan leonardo DiCaprio nih. Cerita pasal dunia masa depan, dimana pencurik dah mula mencuri ngan masuk melalui mimpi. Memula agak blank sikit pasal dalam mimpi pun boleh mimpi lagi. Tapi makin lama kita makin paham ngan apa yang berlaku. Yang part pertama tu ajer dah berlaku dalam dua mimpi. Ngan alat ni, masa dapat dipanjangkan, cara dia melalui mimpi. 5 minit sama ngan sejam lam alam mimpi. Past tu dalam mimpi tu dimimpikan lagi. So, masa dah bertambah lagi. Pergghhh.. dasat tul akal diaorang nih. Part yang last tu yang dah sampai bermimpi mimpi. Just untuk dapa jugak nengok apa isi lam peti besi yang ditarget tu. Memang gila sempoi cerita nih. Cuma tang last tu, aku rasa Leo memang dimasukkan dalam mimpi yang direka oleh awek tu. Pasal gasing dia tak berenti pusing. Agak aku la. Aku bagi 4 bintang setengah untuk ini filim. Terbaeekkk!!!! Enj

Movie Review - Ngangkung (2010)

Imej
Thumbs up untuk pengarah filim ini Memandangkan hari ni cuti, dan aku pun tak tau camana semua boleh setuju nak tengok citer hantu la pulak semalam. Pasal memang jarang kami nengok filim filim hantu lam ini rumah. Maka bermula la episod nonton citer ngakung nih. Filim bergenre komedi seram mengisahkan pasal satu aktiviti khurafat satu team pemandu lori and his gang mintak nombor ekor. Memana ada bomoh yang hebat diaorang akan gi. Si Im ni pulak, hero citer ni la derr.. memang tak join aktiviti cenggini; sehingga dia cam rasa preasure dan join ikut ja. Tetiba cam dah terikut la pulak aktiviti nombor ekor ni. Bila kena gi kelantan, secara tetiba dia terjumpa sorang bomoh, masa preasure duit abis nombor tak kena dan menang besar. Sementara tu rengrakan yang lain mula kena bala, sorang demi sorang. Dan ending dia dia mula sedar balik dan mula insaf. Begitu jugak ngan rengrakan dia. Overall, citer boleh tahan la jugak. Cuma, cam biasa; cerita melayu ni ending dia mesti macam serba

Movie Review - Shrek Forever After 3D (2010)

Imej
Shrek antara cerita yang bagi aku, berani. Tapi masuk nombor 2 dan 3 dah makin meleret. Tu yang membuatkan aku jadi nak tak nak ja nengok cerita yang keempat dia ni.. Shrek forever after. Tapi jangkaan aku meleset sikit la. Memeula memang agak slow. But, jalan cerita dia jadi makin menarik dan semakin menarik. Really nice movie. Shrek yang ni memang dah berjaya mengembalikan semula kegemilangan shrek. Jalan cerita memang tersusun. Kisahnya pasal Shrek yang dah bosan dengan jalan hidupnya yang sama ja setiap hari baginya. Dia akhirnya telah salah membuat percaturan apabila dia buat perjanjian dengan Rumplestilskin apabila dia telah menjual sesuatu yang bagi dia tak penting sangat. Dan segalanya bermula semula.. Mknace's meter : belang tarung Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Salt (2010)

Imej
Image courtesy of extramirchi.com Cerita yang paling best setakat ni untuk aku bagi tahun 2010. Kisah pasal Evelyn Salt, Sorang ejen CIA yang jugak double ejen Rusia yang dilatih khas oleh Rusia sejak kecil untuk menjalankan satu misi rahsia di Amerika, Day-X. Rupanya bukan setakat dia sorang yang diseludup masuk ke US dengan target yang sama, berderet lagi. Dan tu yang best pasal cerita ni. Tak dapat nak jangka. Lepas dia ditawan dan pertemuan dia dengan suami dia Mike, dia dah mula berubah. Dan lepas trainer dia Orlov tiba ke US dan bunuh Mike. Dia mula menjalankan misi dia yang tersendiri. Bunuh semua double-double ejen yang ada di US. Dan ini yang thrill giler pasal semua orang dah tak boleh dijangka. Diaorang ni memang dah diseludup oleh si Orlov ni dengan begitu rapi sehingga takde sapa leh jangka diaorang ni orang rusia. Sehinggakan takde sapa lagi yang boleh dipercayai... Mknace's meter : belang tarung Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Repo Men (2010)

Imej
Image courtesy of blog.omy.sg Macam best citer ni, namun bagi aku agak mengecewakan. Cerita pasal satu syarikat yang menguruskan jual beli organ. Yup. Organ manusia, tapi mesin la. Orang yang mengalami kerosakan organ pada zaman tu boleh beli organ ni, tapi harga dia memang tinggi gila la; walaupun dah dibeli secara ansuran. Repo men ni kira team tarik balik organ yang dah overdue bayaran dia. Tarik balik dengan cara gila la. Dah sah-sah organ tu dalam badan kan. So diaorang memang kasi potong-potong la orang yang kena tarik balik tu. Kisah ni bermula bila Remy ni sendiri dipasang dengan jantung tiruan oleh bos dia sendiri, Frank. Kes dia sebab dia memang dah nak keluar dari Repo Men ni, dan jantung dia memang rosak masa dia nak setel satu mission dia. Bila dia bangun Frank dah siap pasang jantung baru untuk dia, bermakna dia dah berhutang besar ngan Frank. So, bermula la kes lari along. So, Frank dah suruh Jake, kawan baik, dan juga salah sorang Repo Men yang terbaik untuk

Movie Review - The Legend Is Born : Ip Man

Imej
Image courtesy of chinesemov.com Peringatan : Cerita ni bukan sambungan Ip Man 3. Tapi satu cerita yang totally berbeza dengan filem Ip Man. Yang nyata filem ni bermula dari zaman kanak-kanak Ip Man. Dan Sammo Hung dalam filem ni adalah tok guru wing chun ortodoks, berbeza yang watak dia dalam filem Ip Man 2. Jangan salah faham. Sama cam Tekken.. korang kena erase habis-habisan , diingatkan habis-habisan imej Ip Man yang dibawa oleh Donnie Yen pasal cerita ni memang; bagi aku, berjaya menjatuhkan terus seni wing chun yang dibawa oleh Ip Man. Dah jadi cam cerita dongeng la pulak. Habis unsur-unsur seni asal wing chun. Siap leh terbang-terbang meja kena terajang. Pastu banyak berkisar berkaitan Ip Man mula belajar Wing Chun dari rakan seguru tok guru dia yang dah meninggal tu dan membawa perubahan besar kepada seni wing chun. ni ler part dimana wing chun dah start pakai tendangan tinggi. Dah jadi kelakar pun ada dah kat sini. Pastu yang paling tak best bila cerita ni banyak dok be

Tekken the Movie 2010

Imej
image courtesy of www.ps3blog.net Malam Isnin lepas aku layan citer Tekken nih. Macam biasa. Agak mengecewakan aku. Memang kena erase habis-habis imej-imej tekken lam kepala hotak baru leh layan. Cam biasa. Pengarah ada cara dia sendiri nak bawak adaptasi tekken dalam filem dia. Citer ni pasal Jin Kazama. Camner dia leh terjebak lam Iron fist tournament. Camner bapak dia arah supaya mak dia, Jun dan dia dibunuh. Camner dia berjaya survive sampai ke last dan jadi juara pertandingan nih. Overall, boleh la. Aku kasi 3 bintang jer. Plot ringan. Jalan citer straight forward. Terlalu banyak dok ulang flashback pesan mak dia masa kecik, berkali-kali. Terutama bila dia kena hentam teruk dalam setiap event. Pemilihan watak kira boleh la. Cuma banyak watak cam aku tak perasan pun mamat nih.. cam bruce steve (aku tersalah tulis la pulak.. sib baik tajul bagitau hahaha), kazuya dan especially marshall law.. Paling tak best banyak sangat adegan-adegan tak sepatutnya.. or maybe sebab aku neng

Clash of the titans - pre movie review

Imej
Clash of the titans.. Perghhh.. Aku tertengok lak the making kat tv3 tadi. Nice. Memang nampak menarik betul. Citer ni sebenarnya dah pernah dibuat dedulu. Tahun 1981. Kisah yang sama. Tapi mana leh celen ngan versi 2010 nih. Tengok tadi pun dah terlopong aku ngan efek cerita dia. Kalau jalan cerita memang tak yah cari jejauh. Sama jer ngan versi asal dia. Kisah pasal sorang budak, Perseus; sorang demi-god yang perlu melalui pelbagai ujian dalam mematangkan dirinya .. Perasan ayat demi-god nih. Tahun ni saja, ni dah kali kedua ayat demi-god tu kuar. Kat mana lagi satu.. Yaaasss.. Percy Jackson and the lightning thief.. So, korang boleh agak la kan.. Semua watak yang sama akan kuar, medusa, segala nenek moyang hades, zeus.. Tapi kalau ikut mitologi yang ni, perseus anak kepada zeus. Dan akhirnya dia mesti menewaskan kraken. Ni poster versi asal dia.. Kalau versi asal, yang hanya pakai stop-motion animation pun aku dah suka gila; apa lagi dengan yang ni.. Tu yang agak ternganga nengo

Review : My Name is Khan

Imej
Wowww.. Itu jer ayat aku bila citer ni dah habis. Memang best. Aku tak pernah lagi tengok cerita hindustan dengan penuh khusyuk. Dan.. yang paling best.. tarak joget-joget lambak.. Aku bagi 10/10 untuk cerita ini. Cerita ni berkenaan Rizvan Khan, seorang yang dilahirkan dengan masalah Autisme, lam citer ni dikhususkan sebagai Sindrom Asperger. So, paham-paham la orang autisme camner kan. Dia lam dunia dia yang sendiri. Dia tak pandai cakap bohong dan sentiasa pegang ayat mak dia. Ada dua benda yang mak dia terapkan untuk dia. First, dalam dunia ni hanya ada dua jenis manusia jer, manusia baik dan manusia jahat dan yang kedua bila dah berjanji tak leh bohong. Lepas mak dia mati adik dia bawak dia ke Amerika untuk hidup dengan gembira, sebab tu la apa yang dia janji ngan mak dia. :: Klik untuk cerita penuh :: Di Amerika dia berkenalan dengan Mandiri, dan jatuh cinta dengan dia. Pastu diaorang berkahwin walaupun adik dia menentang pasal berlainan agama. Dia Islam, bini dia Hindu. Dan lagi