Movie Review - Repo Men (2010)

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Image courtesy of blog.omy.sg

Macam best citer ni, namun bagi aku agak mengecewakan. Cerita pasal satu syarikat yang menguruskan jual beli organ. Yup. Organ manusia, tapi mesin la. Orang yang mengalami kerosakan organ pada zaman tu boleh beli organ ni, tapi harga dia memang tinggi gila la; walaupun dah dibeli secara ansuran. Repo men ni kira team tarik balik organ yang dah overdue bayaran dia. Tarik balik dengan cara gila la. Dah sah-sah organ tu dalam badan kan. So diaorang memang kasi potong-potong la orang yang kena tarik balik tu.

Kisah ni bermula bila Remy ni sendiri dipasang dengan jantung tiruan oleh bos dia sendiri, Frank. Kes dia sebab dia memang dah nak keluar dari Repo Men ni, dan jantung dia memang rosak masa dia nak setel satu mission dia. Bila dia bangun Frank dah siap pasang jantung baru untuk dia, bermakna dia dah berhutang besar ngan Frank.

So, bermula la kes lari along. So, Frank dah suruh Jake, kawan baik, dan juga salah sorang Repo Men yang terbaik untuk kejar si Remy ni balik. Bermula la adegan yang memang gegila penuh darah nih. Aksi memang gila babas. Dan ending memang hampeh. Ingatkan dah berjaya la si Remy ni meloloskan diri dari buruan Repo Men.. rupanyaa... korang tengok la sendiri..

Mknace's meter : belang tarung

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP