Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Bagi Calon Tambahan Ambilan Tahun 2021

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Bagi Calon Tambahan Ambilan Tahun 2021

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Bagi Calon Tambahan Ambilan Tahun 2021. Iklan khas permohonan secara bersasar akan dibuka yang melibatkan unjuran keperluan calon Pengetua dan Guru Besar (PGB) di Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut bidang pengkhususan yang ditetapkan (Lampiran A).

Bagi maksud iklan khas ini, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian selain daripada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan juga boleh membuat permohonan. Bagaimanapun PPP bertanggungjawab untuk berurusan dengan mana-mana Bahagian/ JPN/ JPWP yang tersenarai (Lampiran A) untuk dipertimbangkan sebagai calon Bahagian/ JPN/ JPWP berkenaan.  Senarai pendek bagi mengikuti sesi pentaksiran akan diuruskan oleh Bahagian/ JPN/ JPWP tersebut.

PPP yang pernah memohon semasa iklan permohonan Ambilan Tahun 2021 yang dibuka pada 30 Mei hingga 7 Ogos 2020 tidak boleh memohon untuk iklan khas ini.

Iklan khas permohonan dan proses sokongan Ketua Jabatan akan dibuka mulai 18 Disember 2020 hingga 27 Januari 2021. Permohonan adalah secara dalam talian melalui sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS), http://tls.moe.gov.my.

Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat pemohonan (Lampiran B), senarai jawatan pentadbiran (Lampiran C) dan maklumat-maklumat penting program (Lampiran D) untuk rujukan. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan berkenaan boleh diajukan kepada urus setia Program NPQEL berikut:

i)   Encik Mazli Hasril bin Hasarudin
     06-7979 373

ii)  Tuan Haji Suhajanazer bin Suboh
     06-7979 374

iii) Encik Azwan bin Wamin
     06-7979 341

iv) Puan Nurmasnijam binti Jamaludin
     06-7979 396
 
Untuk permohonan sila layari http://tls.moe.gov.my
 
Muat Turun Lampiran:
1) LAMPIRAN A-SURAT IKLAN CALON TAMBAHAN AMBILAN TAHUN 2021
2) LAMPIRAN B-SURAT IKLAN CALON TAMBAHAN AMBILAN TAHUN 2021
3) LAMPIRAN C-SURAT IKLAN CALON TAMBAHAN AMBILAN TAHUN 2021
4) LAMPIRAN D-SURAT IKLAN CALON TAMBAHAN AMBILAN TAHUN 2021

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam