2020 - Kenangan dan cabaran

2020 - Kenangan dan cabaran

2020 - Kenangan dan cabaran. 2020. Tahun yang paling penuh dengan liku-liku dan cabaran baharu. Segalanya berubah sekelip mata. COVID-19 memang memberi satu pengalaman dan perubahan paling besar dalam lanskap kehidupan khususnya. Tiba-tiba terus terkurung. Segala komunikasi hanya bersandarkan teknologi yang mana kawasan aku hancus senang cerita. Bila dibuka semula perubahan baharu bermula. Semua yang sebelum ini kita rasa tak berani, tak boleh sebelum ini semua kena cuba jadi boleh. Pengalaman mengurus semasa covid memang memberi pengajaran bermakna. Belum tentu keputusan hari ni boleh digunapakai untuk esok. Wow. Tak tenang bekerja terutama di sektor perancangan. Hari ni hari ke 289. Nampaknya gelombang ketiga masih tak surut. Susah dah nak jangka. Ni antara kerja buat yang aku mulakan sejak hari pertama dulu. Sampai dah jadi tabiat pulak. Susah nak bercakap dengan pengurus data, kalau tak cerita pasal data. Perubahan kepimpinan juga berlaku semasa ini. Aku. Dalam pada menyahut cabaran, terkandas jua akhirnya. Terus out kaki. Merasa lah juga masuk MRI dan wad semula. Cabaran juga untuk menyediakan semula diri. Iqa dengan cabaran SPMnya. Langsung tunda ke tahun hadapan. Mama dan anak-anak yang lain dengan PdPRnya. Diam tak diam, tenang tak tenang, dah sampai ke penghujung tahun 2020. Banyak perkara baik yang kami dapat untuk dihayati, banyak juga perkara buruk untuk dijadikan sempadan. Semoga tahun 2021 akan membawa sinar dan harapan baharu yang lebih baik. 
2020 - Kenangan dan cabaran
bekerja pada hari terakhir dalam tahun 2020 

2020 - Kenangan dan cabaran
pandangan dari jendela opis

2020 - Kenangan dan cabaran
sempat cari pasal ya

2020 - Kenangan dan cabaran
perubahan dalam sektor kami khususnya. awal dan akhir tahun

2020 - Kenangan dan cabaran
289 hari dalam analisis

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam