Tangkak Getaway
Tangkak Getaway. Dua hari aku kat Tangkak untuk Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor. Mesyuarat utama rebranding KSPPD bersesuaian dengan era naratif baharu pendidikan. Memang satu perubahan yang sangat memberansangkan. Sesi dua hala, percabahan idea baharu menerusi ruang perbahasan. Kali ni aku gerak dengan ustaz maslizam. Seawal jam 6.15 pagi dah sampai PPD Kulai, lokasi pertemuan sebelum bergerak ke Tangkak. Jam 8.15 pagi kami dah tiba ke Gerbang Tangkak. Alhamdulillah. Gerak ke SMK Seri Tangkak yang menjadi lokasi musyawarah utama ini kali ni. Selesai sarapan, sesi penggambaran mengambil tempat sebelum perutusan pengarah disampaikan. Mantap. Kami seterusnya berhenti minum pagi dan sesi perbincangan berkenaan perutusan pengarah mengambil tempat. Dua team dibahagi, satunya ketua-ketua sektor dan duanya PPD. Sesi perbahasan dimulakan berkenaan perutusan. Masing-masing mengemukakan idea masing-masing. Sesi dua hala yang sangat baik. Banyak penambahbaikan yang dapat dibuat secara langsung dalam memantapkan lagi idea yang diutarakan. Mesyuarat diteruskan pada sebelah petangnya seperti yang dirancang. Ada durian dari segamat sebelum gerak pulang. Singgah di Hotel Ophir untuk berehat seketika sebelum kembali ke sekolah untuk majlis sembang santai bersama pengarah. Ada sedikit jamuan dan persembahan daripada murid yang sangat berkebolehan. Akan mewakili sekolah dalam program antarabangsa dalam waktu terdekat kisahnya. Sempat berborak dengan norman, rakan lama yang kebetulan jadi emcee malam ni. Hari kedua dimulakan dengan pembentangan kertas cadangan dan pemakluman dari sektor dan ppd untuk diangkat menjadi polisi negeri. Ada durian khas sewaktu sesi rehat pagi. Kena lagi dua ulas. Kepala dah mula kenoneng. Ada sedikit pembentangan dalam isu-isu lain, khas berkaitan status internet interim yang hebat diperkatakan akhir-akhir ini. Terima kasih pada PPD Tangkak dan SPS keseluruhannya atas pengendalian MPP PPJ kali ini. Siap ada ole-ole. Nak balik pun ada ole-ole lagi dari Azdi. TQ so much. Singgah di Kulai, sempat duduk bersama team kulai bincang sedikit isu. TQ dapat rasa cendol yang jadi buah mulut selama ni.
pepagi dah sampai sini
alhamdulillah
tiba ke lokasi
semua ahli mesyuarat
MPP PPJ bermula
inovasi
sesi perbincangan perutusan
istirehat
persembahan khas
emcee of the night
sempat gitu kan
sambung hari kedua
semua
minum pagi
pembentangan
tq Tangkak
baru tau hentian Tangkak ada shell
sembang santai selesai isu
sagu n jagung
leh tahan orangnya
balik. layan iflix
tq Azdi
cenderahati
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #Fujifilm #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Ulasan