Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Ke-16


Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bermula hari ini, 31 Januari 2019. Pelantikan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 seperti dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat pada 24 Januari turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila baginda hanya dua minggu berada di singgahsana takhta Kesultanan Melayu Pahang seterusnya memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Hari ini, Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dilangsungkan dalam majlis penuh istiadat di Istana Negara yang disaksikan oleh semua rakyat Malaysia dan semua sultan kecuali Sultan Kelantan yang diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan. Keberangkatan baginda ke Istana Negara kira-kira 10.50 pagi ini disembah tabik hormat oleh Kawalan Kehormat Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja dan ditunggu-tunggu oleh jemaah menteri, tetamu jemputan di Balairong Seri.

Istiadat berkenaan turut menyaksikan Mesyuarat Khas Raja-Raja ke-252 dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, disaksikan oleh dua saksi iaitu Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail serta Sultan Terenganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi menyaksikan angkat sumpah dan tandatangan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai TImbalan Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyembah surat perisytiharan kepada Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 melengkapkan iIstiadat berkenaan. Saat detik bersejarah yang menyaksikan rakyat Malaysia berada di bawah naungan payung mahkota baharu itu adalah berlandaskan peruntukan perkara 37 Perlembagaan Malaysia.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam