Hari Pertama Persekolahan Sesi 2019 : Lawatan Pemeriksaan - Kukup


Hari Pertama Persekolahan Sesi 2019 : Lawatan Pemeriksaan - Kukup. Hari ni aku dipertanggungjawabkan ke SMK Telok Kerang secara rasmi. Semalam lagi aku dah rancang sebab dah alang-alang kena kat kukup, aku nak gi sekolah lain yang dah lama aku nak pergi, SJKC Chi Mang. Sekolah atas pelantar kat Kampung air masin, Kukup. Apa pun. Kita gerak ke Telok Kerang dulu. Semalam dah survey google map. Ikut jalan yang aku tak pernah lalu, jalan kat pekan nenas tu. Terus aje potong sampai ke Teluk Kerang. Siap terlajak gitu sebab tak biasa. Hehehe. Masuk. Kebetulan murid pendidikan khas sedang berkumpul untuk masuk ke kelas, aku singgah sini dulu. Jumpa pengetua, cikgu Azizah dan ronda satu sekolah. Tengok design ja dah kembali nostalgia Tunku putera. Tanya. Sekolah tahun 60an ya. Sahih. Design ni memang design sekolah tahun 60an. Alhamdulillah. Semua dalam keadaan baik dan lancar. Selesai. Gerak ke PKG Kukup sebelum gerak ke SJKC Chi Mang. Bincang dengan en Sani, jumpa satu isu talian internet di SJKC Ken Boon. Sekolah berdepan dia. OK. So, hari ni kita luaskan lawatanmu lah kan di Kukup. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Ada rezeki nak luaskan lawatan, kita jalan sahaja. Selain dapat selesaikan isu kita juga dapat berkunjung hormat beramah mesra dengan sekolah. So. Gerak ke pekan Kukup. Park di SJKC Ken Boon. Borak sekejap dengan Guru Besar dia. Selesai di Chi Mang baharu kami akan perhalusi isu di sini.

Nak ke Chi Mang kita perlukan kenderaan lain. Asalnya cikgu di Chi Mang akan ambil kami. Kami masa ni pun macam nak sewa kenderaan motor yang banyak kelihatan di sini. Sekali Guru Besar ken Boon suruh naik motorsikal AKP dia untuk gerak ke sana. Alhamdulillah. Jalan aje. Actually. SJKC Chi Mang ni terletak di atas pelantar sama seperti rumah-rumah dan kedai di Kampung Air Masin. Semuanya di atas pelantar. Memang agak jauh juga ke dalam. Jalan dia ada dua kali juga belok seingat aku. Yang mana kami a bit keliru pada satu simpang masa nak keluar. So. Dapat la aku jejak kami di sekolah ni yang mana aku dah rancang hampir dua tahun untuk ke sini atas urusan data sekolah. Guru Besarnya cikgu Tai, baharu ditempatkan di sini. Guru Besar lamanya dah bertukar ke... Ken Boon tadi. Selesai isu yang selama ni aku dok cari. Hehehe. Sempat kami meronda satu sekolah. Hebat. Memang luar jangka. Paling best. Setiap kelas ada smart board. Terbaeekkk!!!!   

Seterusnya. Sambung semula ke SJKC Ken Boon. Nak tengok isu yang dilapor Guru Besar, cikgu Loh. Semak isu ni bersama. Alhamdulillah. Dapat keputusan penyelesaian. Nanti en Sani dan team akan teruskan perancangan tersebut. Terima kasih cikgu Loh atas late lunch di Marry Brown yang letaknya sebelah sekolah aje. Selesai urusan hari ni. Tahniah dan syabas kepada semua; pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid yang berjaya memulakan alam persekolahan di tahun baharu ini dengan cemerlang. Semoga terus berjaya. anda semua terbaeekkk!!!!

kesan terlajak. sempat la buat u-turn dan berenti snap picas jap. hehehe

singgah jap pendidikan khas yang kebetulan sedang bersiap sedia

jom ke pejabat

nostalgia sekolah 60an tangga kembar dan ada tangga lengkok kat hujung bangunan


program untuk murid tingkatan 1

program murid tingkatan 4


sudut pidato

perpustakaan

bilik mesyuarat di sebelah bilik guru

bersama cikgu Azizah, pengetua SMK Telok Kerang


singgah PKG Kukup


letak dalam kawasan SK Telok Kerang











berbincang jap berkenaan program kunjung hormat pagi ni ke pekan kukup

kami singgah di Ken Boon dahulu 



bersama kenderaan rasmi ke SJKC Chi Mang



jalan atas pelantar simen kami hari ni






jangan tiru aksi wefie ini terutama jika anda yang bawak motor

sekolah idaman terpendam



kenderaan utama di sini

bersama cikgu Tai, Guru Besar SJKC Chi Mang

sempat membuat lawatan


bersama cikgu Loh, Guru Besar SJKC Ken Boon. Terus semak isu. Nak membuat lawatan pun sesi persekolahan dah tamat. Alhamdulillah. Dipermudah  

late lunch at Marry Brown

TQVM cikgu Loh kerana belanja kami makan di sini hari ni

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam