PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bimbinglah Wanita Dengan Lemah Lembut


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Bimbinglah Wanita Dengan Lemah Lembut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhir, maka janganlah ia menyakiti jiran tetangganya. Pergaulilah dan nasihati kaum wanita dengan baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesuatu yang paling bengkok yang terdapat tulang rusuk adalah bahagian paling atas. Jika kamu meluruskannya dengan memaksa, nescaya kamu akan mematahkannya, namun jika kamu membiarkannya maka ia pun akan berterusan dalam keadaan bengkok. Justeru pergaulilah wanita dan nasihatilah dia dengan penuh kebijaksanaan." (HR Bukhari No: 4787) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Tanggung jawab orang yang beriman adalah berbuat baik kepada jiran tetangga antaranya dengan menunaikan hak-haknya seperti tidak menyakitinya, menziarahi mereka ketika sakit serta memberi pertolongan jika ia memerlukan.

2.  Tanggungjawab lelaki beriman adalah sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat kepada kaum wanita yang terdiri daripada isteri dan anak-anak mereka khususnya.

3.  Sesuai dengan jiwa, sifat dan watak wanita yang lembut, pendidikan, bimbingan dan nasihat  yang diberi hendaklah dengan cara yang paling baik dan berlemah lembut. Perlu bersabar bersesuaian dengan kehalusan jiwa wanita.

4.  Jika kita mendidik wanita dengan memaksa, sama seperti memaksa tulang yang bengkok hujungnya untuk lurus, nescaya kita seolah-olah akan mematahkannya. Kita juga tidak boleh mendiamkan diri tanpa mendidik dan membimbing  kerana jika dibiarkan ia akan berterusan dalam keadaan bengkok.

5.  Sebagai suami, kita dilarang menyakiti isteri dengan apa juga cara termasuk mengabaikan tanggungjawab terhadapnya. Berlaku lemah lembutlah terhadap mereka.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

07hb Mac  2018
19hb Jamadil Akhir 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam