PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Islam Agama Rahmah Bukan Pelaknat


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Islam Agama Rahmah Bukan Pelaknat

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَلَاعَنُوا بِلَعْنَةِ اللَّهِ وَلَا بِغَضَبِهِ وَلَا بِالنَّارِ

Dari Samurah bin Jundab ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling melaknat dengan mengucapkan, Allah melaknat kamu atau Kamu mendapatkan murka Allah atau semoga Allah memasukkan kamu ke dalam neraka." (HR Tirmizi No: 1899) Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.  Islam adalah agama Rahmah

2.  Muslim dilarang melaknat orang lain dengan menghina dan menyumpah seranah.

3.  Seorang Muslim dilarang mendoakan orang lain agar ditimpa laknat atau dimurkai Allah atau didoakan masuk keneraka. Apatah lagi orang tersebut seorang Muslim.

4.  Contohilah Rasulullah sebagai pembawa RAHMAH kepada seluruh alam. Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ عَلَى الْمُشْرِكِينَ قَالَ إِنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً

Dari Abu Hurairah RA dia berkata; "Seseorang pernah berkata; 'Ya Rasulullah, doakanlah untuk orang-orang musyrik agar mereka celaka! ' Mendengar itu, Rasulullah SAW menjawab: 'Sesungguhnya aku diutus bukan untuk menjadi pelaknat, tetapi aku diutus sebagai pembawa rahmah.' (HR Muslim No: 4704) Status Hadis Sahih

Moga kita menjadi penyebar rahmah dan kasih sayang bukan penghina dan pelaknat atau mendoakan kecelakaan kepada orang lain.

Doakan kebaikan untuk saudara kita, semoga malaikat akan mengaminkan kebaikan itu juga  kepada kita.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

20hb Mac  2018
02hb Rejab 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016