Guru Pemacu Transformasi Pendidikan tema Hari Guru 2018


Guru Pemacu Transformasi Pendidikan tema Hari Guru 2018. Tema ini dipilih bagi membuktikan peri pentingnya peranan guru sebagai agen dalam memperteguh transformasi pendidikan negara selaras dengan PPPM 2013-2025. Guru memainkan peranan sebagai pemacu transformasi pendidikan dalam memastikan kejayaan dan aspirasi dasar-dasar transformasi negara tercapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru juga berperanan besar dalam menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.

Sesungguhnya guru memainkan peranan utama dalam mendidik murid ke arah kemenjadian murid atau outcome yang ingin dihasilkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Gurulah yang menggilap potensi murid untuk memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tema itu juga akan digunakan selari dengan Gerakan Massa 'Terima Kasih Cikgu' Peringkat Kebangsaan selama 50 hari bermula pada hari ini dengan kerjasama Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Kebangsaan (KPIBKK). Kerjasama itu bukan sahaja meliputi sekolah dan ibu bapa tetapi juga komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), alumni dan pihak swasta.

"Usaha murni sebegini sudah tentu memberi impak kepada guru. Tema ini juga membawa erti besar, guru berada di barisan hadapan dalam pelan transformasi pendidikan negara.

"Transformasi ini akan mengekalkan dasar yang sedia ada tetapi membuat penambahbaikan dari segi sistem dan aktiviti-aktiviti bersesuaian dengan masa dan keadaan pada waktu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Guru 2018, di sini hari ini.


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam