PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Balasan Orang Yang Enggan Berzakat


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Balasan Orang Yang Enggan Berzakat

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ انْتَهَيْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ جَالِسٌ فِي ظِلِّ الْكَعْبَةِ فَلَمَّا رَآنِي قَالَ هُمْ الْأَخْسَرُونَ وَرَبِّ الْكَعْبَةِ قَالَ فَجِئْتُ حَتَّى جَلَسْتُ فَلَمْ أَتَقَارَّ أَنْ قُمْتُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فِدَاكَ أَبِي وَأُمِّي مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ الْأَكْثَرُونَ أَمْوَالًا إِلَّا مَنْ قَالَ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا مِنْ بَيْنَ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ وَعَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ وَقَلِيلٌ مَا هُمْ مَا مِنْ صَاحِبِ إِبِلٍ وَلَا بَقَرٍ وَلَا غَنَمٍ لَا يُؤَدِّي زَكَاتَهَا إِلَّا جَاءَتْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْظَمَ مَا كَانَتْ وَأَسْمَنَهُ تَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا وَتَطَؤُهُ بِأَظْلَافِهَا كُلَّمَا نَفِدَتْ أُخْرَاهَا عَادَتْ عَلَيْهِ أُولَاهَا حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ

Dari Abu Dzarr ia berkata; Aku tiba berdekatan Rasulullah SAW ketika baginda sedang duduk di bawah naungan Kaabah. Ketika baginda melihatku, baginda bersabda: "Demi Tuhan Kaabah, mereka itu adalah orang-orang yang rugi." Lalu aku dekati baginda, seraya aku duduk dan bertanya kepada baginda, "Wahai Rasulullah, siapakah mereka?" baginda menjawab: "Mereka adalah orang-orang memiliki harta yag melimpah, kecuali mereka (yang menyedekahkannya @ mengeluarkan zakatnya kepada hamba-hamba Allah) mengatakan; sebegini, sebegini, sebegini (sambil baginda memberi isyarat ke depan dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri). Namun mereka ini jumlahnya hanya sedikit. Tidaklah seorang lelaki mati lalu ia meninggalkan unta, lembu, dan kambing yang tidak ia keluarkan zakat ternaknya, melainkan pada hari kiamat kelak haiwan-haiwan ternaknya yang paling besar dan gemuk datang kepadanya menanduk dengan tanduknya dan memijak-mijak orang itu dengan kakinya. Setiap yang terakhir selesai memijak-mijak, yang pertama datang pula kembali untuk menanduk dan memijak kembali. Demikianlah siksaan itu berterusan sehingga perkara itu diputuskan." (HR Muslim No: 1652) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ada orang yang apabila memiliki harta yang cukup nisab dan haul akan mengeluarkan zakat.

2.  Orang yang tidak mengeluarkan zakat ketika memiliki harta yang wajib dizakat,  termasuk dalam kalangan orang yang rugi.

3.  Orang yang memiliki binatang ternakan seperti lembu dan kambing yang telah cukup nisab (bilangan) namun tidak mengeluarkan zakat, di hari kiamat nanti binatang tersebut akan datang dalam keadaan yang paling besar dan gemuk untuk menanduk dan memijak tuannya.

4.  Berusahalah menunaikan tanggungjawab mengeluarkan zakat harta bagi mengelakkan diri diazab di hari kiamat kelak.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

03hb Mac  2018
15hb Jamadil Akhir 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam