Pelan Khas Unifi Mobile Guru : Pendaftaran Pek Jasa
Pelan Khas Unifi Mobile Guru : Pendaftaran Pek Jasa. Hari pelancaran Pek Jasa ni aku dah share pada semua pasal apa itu Pek Jasa melalui dokumen FAQ dan apa yang kami buat semasa Video Conferencing bersama Menteri Pendidikan. Hari ni sebelah petang. Atas hasutan jahat encik mus, aku gerak ke TM Point Pelangi. Tu pun setelah dapat confirmation daripada Puan Rahimah; yang aku boleh daftar Pek Jasa atas Streamyx aku, atas sebab memang kawasan aku memang bukan kawasan Unifi dan tak boleh upgrade lagi. K. Setelah borak dengan Puan Rahimah atas beberapa insiden yang melibatkan miscommunication berkaitan guru-guru yang datang maka aku akan share pada semua what exactly pelan ni dan apa yang korang kena ada masa daftar di TM Point.
First of all aku bukan ejen TM. Dah kali ke berapa aku tulis dan sebut pun aku dah tak ingat. Banyak sangat. Aku berkongsi atas kapasiti aku hadir sama pada masa tu, aku berminat dengan tawaran yang diberikan dan aku nak berkongsi sebagai seorang blogger picisan yang berpegang pada Sharing is power! Kekekeke. Lama tak sebut ni kot.
K. First of all meh kita kenal apa itu Pelan Jasa. Siap aku warnakan supaya korang nampak dengan jelas kat sini.
Pakej Jasa menawarkan PELAN MOBILE TANPA HAD bagi data, panggilan suara dan SMS pada nilai RM59 sebulan, dengan syarat anda juga melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM serta menggunakan model telefon Band 5.
3 keyword awal ya. TANPA HAD, mesti langgan bersama UNIFI, telefon BAND 5. Pegang 3 benda ni dulu sebelum kita teruskan. Nak pek Jasa anda mesti pelanggan UNIFI. Tu sebab aku terpaksa datang semula sebab puan Rahimah terpaksa check dulu dengan HQ adakah aku layak dengan hanya pelan Streamyx aku. Pagi tadi baru dapat confirmation untuk lulus dengan sebab kawasan aku tu of coz tak akan dapat nak upgrade ke Unifi dalam masa terdekat. Aku pun dah lama kot dengan streamyx. Dari tahun 2007 lagi. Hahaha. So. Pahamkan. Korang kena ada Unifi dulu baru boleh amik pek Jasa ni. OK. Kita Move On.
Kelayakan bagi SEMUA GURU-GURU di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Pendidikan Negeri (PPN) dan dimana-mana jabatan di Kementerian Pendidikan yang bergred DG.
Ni tak payah sebut panjang sebab kita tau hanya DG yang layak waima yang berada di JPN dan PPD. Tu sebab aku leh daftar. TQ TQ Datuk Seri.
Pelanggan
juga
akan
berpeluang
mendapat
set telefon
mudah-alih
secara
percuma,
bagi
perkhidmatan
unifi
Mobile yang diaktifkan
dalam
masa 30 hari,
selagi
stok
masih
ada.
PAKEJ UNIFI
|
HARGA
|
HARGA SELEPAS
24 BULAN
|
Lite 10M
|
RM 99 / bulan
|
RM 129 / bulan
|
Advance 30M
|
RM 169 / bulan
|
RM 199 / bulan
|
Pro 100M
|
RM 299 / bulan
|
RM 329 / bulan
|
Yang ni juga kena faham ya. Henfon tu hanya kita akan dapat dalam tempoh 30 hari. Selepas permohonan berjaya. Pek dah dapat. Henfon kena tunggu kelulusan HQ. Dan di sini juga dinyatakan bahawa harga langganan Unifi kita juga akan diturunkan RM30 sebulan selama 2 tahun. Dalam kes aku. Harga Streamyx aku takde perubahan apa-apa. So. Apa yang kena bayar adalah Harga Unifi + RM59 Pek Jasa bagi setiap bulan. Di sini. Kita akan save RM30 setiap bulan selama 2 tahun. Lupa nak cakap. Hanya pelanggan Unifi sahaja yang layak untuk Pek Jasa ni. Maksud di sini. Kalau ada dua orang cikgu dalam rumah yang sama, hanya seorang; iaitu pemilik unifi layak mohon Pek Jasa ini.
K. Lama pulak dok cerita pasal Pek Jasa ni. Korang boleh faham bila diteliti betul-betul FAQ yang pernah aku share sebelum ni. So. apa yang perlu dibawa semasa pendaftaran. Dengar dengan teliti ya pasal banyak yang tersilap kat sini.
- Salinan kad pengenalan yang disahkan
- Surat Perakuan daripada sekolah yang mengesahkan anda adalah pegawai DG; diperaku oleh ketua jabatan dan siap dicop rasmi sekolah
- Advanced payment RM106
Bawa dua perkara ini ke TM Point sepanjang kempen ini berjalan iaitu dari 13 Mac hingga 31 Disember 2018. Bagi yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, hubungi
Talian khas Pek Jasa Johor : 07-338 1150 Cik Nazirah/En Syukri
Alhamdulillah. Aku dan Mustakim dan selesai segala urusan petang tadi. Kalau nasib baik, insyaAllah sebulan nanti aku share handphonenya. Terbaeekkk!!!!
haisshhh dah siap print surat perakuan pulak dah encik mustakim ni
apa pun kena la soruuu dulu
layan enpon yang ada kat situ sementara nunggu giliran
sedang menanti
hehehe. aku dah selesai. tunggu mus pulak
mus dengan pek jasa
aku pulak ngan pek jasa
mines
malam ni nak ngetest
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan