Jumaat, 14 Oktober 2016

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 2


Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 2. Hari kedua mencabar sikit. Tak lupa. Memang nengok dulu mode kamera. Terus setting manual dan snap snap snap. Hehehe. Dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Hj Hamdan dari EPRD berkenaan modul infrastruktur. Seterusnya En Shamsudin lead semula berkenaan 5 situasi penilaian baharu. Perghhh.. Boleh tahan jugak ye.

Sebelah petangnya sesi amali dijalankan di Sekolah Sultan Ismail. TQVM Hj. Sulaiman dan semua warga kerja SSI atas kerjasama yang diberikan sepanjang kami berada kat situ. Ingatkan nak ronda blok makmal aje. At last satu sekolah kami ronda. Aiyooo.. Panas kaki aku. Kat lokasi last aku lepak aje kat tangga batu. Pastu terus jadi lokasi posing posing geng johor. Kekeke. Camtu pun boleh ehhh..

Memandangkan semua dah keletihan, memang leh nampak riak wajah memasing. Lum cerita baju pakat basah ngan peluh. Hehehe. Sesi malam difreekan. Dapatlah pakat berehat. Tu pun ada jugak negeri yang amik kesempatan untuk buat bengkel sendiri. Tahniah sebab berjaya manfaatkan sumber sedia ada. Kalau aku tau aku pun nak join. Kui kui kui. Yang pasti, aku terlelap terus lepas sapu minyak kat kaki lepas maghrib tu.














---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

0 komen: