Lama tak rasa sensasi sebegini


Lama tak rasa sensasi sebegini. Adoila. Dah lama aku tak rasa sakit sebegini pada kaki aku. Mama dah mula bising balik. Merayap la lagi. Boleh tak lepas ni jangan banyak merayap ke Putrajaya lagi. Kesnya. Bila aku teliti balik. Minggu lepas memang minggu gila aku kot. Bermula dari hari Khamis sebelumnya dimana aku ke majlis nikah si Timah. Esoknya gi STF berkali-kali tu. Pastu Sabtunya sibuk dengan majlis persandingan yang mana aku dok kat depan sekali bantu cik wi. Sib baik ahad tu dapat cuti terpijak. Lepak sehari. Masa tu lagi aku dah mula rasa sengal sengal manja. Tapi aku wat bodoh je.

Hari rabu. Aku ke Putrajaya. Yang paling best. Siap menapak dari E14 ke E8. Of coz lepas ni memang aku tobat akan tengok keupayaan diri sendiri. Aku asyik dok perasan aku mampu aje. Sedangkan hakikatnya berbeza. Balik. Sengal manja dah hilang manja. Tapi masih boleh handle. Gi kaunseling urut jap kat kerusi urut tu. Cam OK kot. Hari jumaat. Hambik ko. Mula dah sengal sengal kebas. Aku perlu urutan ni. Cari tukang urut. Bengkak beb katanya. Lega sikit kaki aku ni. Pagi ni. Adoilaa.. ni soheh bukan manja, bukan kebas lagi ni. Aku urut lagi. Sakit weh kena picit. Pastu sedap kaki aku. Tapi aku rasa tak selesa bila berjalan. La ni baring pun rasa tak selesa. Cuma sakitnya kurang sikit. Harap esok tak melarat. Kalau tak, memang sahih la aku kena jumpa doktor jugak ni.

Hmmm... Nampaknya macam ada banyak perkara aku kena buat lepas ni. Terutama bab aku nyer pergerakan. Sampai bila aku nak gini. Apa yang pasti. Aku tak boleh bergerak jauh on my own lepas ni. Masak.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP