Karnival Kerjaya dan Outreach SPA 2016
Karnival Kerjaya dan Outreach SPA 2016. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengadakan Karnival Kerjaya SPA 2016 seperti tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 24/2/2016 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Padang A, Angsana JB Mall, Johor Bahru.
Karnival Kerjaya ini dianjurkan bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai berkaitan fungsi/ tugas SPA dan memberi kefahaman kepada orang ramai tentang peluang-peluang kerjaya yang ada dalam perkhidmatan awam.
Karnival ini juga turut melibatkan penyertaan oleh pelbagai kementerian/jabatan/agensi kerajaan yang mengadakan pameran kerjaya bagi menyebarkan maklumat berkaitan deskripsi tugas kementerian/jabatan/agensi masing-masing.
Selain dari pameran kerjaya, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti taklimat tips menghadiri temu duga/ peperiksaan, pendaftaran online SPA8 (i) secara percuma, Pasar Bergerak 1 Malaysia, pembaharuan lesen kenderaan dan kad pengenalan dan pemeriksaan kesihatan.
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #Asus #Zen4 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan