Pertandingan Mencipta Logo, Slogan dan Lagu Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia

Pertandingan Mencipta Logo, Slogan dan Lagu Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia

Pertandingan Mencipta Logo, Slogan dan Lagu Sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia

MOSTI Anjur Pertandingan Cipta Logo, Slogan, Lagu Sempena Pengkomersilan Malaysia 2016. KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo, Slogan dan Lagu bersempena dengan Tahun Pengkomersilan Malaysia 2016.

Menurut kenyataan MOSTI pada Jumaat penyertaan itu dibuka mulai 11 Feb hingga 29 Feb.

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas sama boleh menyertai pertandingan itu sama ada secara solo atau berkumpulan. Penyertaan adalah percuma.

MOSTI menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada juara mencipta logo, RM2,000 kepada juara mencipta slogan dan RM5,000 kepada juara mencipta lagu.

Selain itu, terdapat dua hadiah saguhati sebanyak RM500 untuk setiap kategori itu.

Syarat dan borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Mosti www.mosti.gov.my

-- BERNAMA


LATAR BELAKANG

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, semasa pembentangan Bajet 2016, telah mengisytiharkan tahun 2016 sebagai Tahun Pengkomersialan Malaysia.

Ianya merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti menerusi inovasi dan penggunaan teknologi negara selari dengan hasrat dan hala tuju Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memacu pengkomersialan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Falsafah: Menjana kekayaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pengkomersialan

Matlamat: Menyelaraskan inisiatif-inisiatif peningkatan pengkomersialan R,D&I dan membangunkan ekosistem pengkomersialan bagi menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi yang kompetitif dan sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Objektif:

Membangunkan ekosistem R&D&C&I ke arah pembangunan mampan dan kesinambungan usaha sepanjang rantaian nilai pengkomersialan (commercialization value chain)
Mewujudkan sinergi dan jaringan kerjasama di antara semua pihak berkepentingan bagi mendokong inisiatif pengkomersialan nasional;
Menyelaraskan program-program promosi dan penggalakkan aktiviti pengkomersialan; dan
Mewujud dan menyelaraskan perkongsian data bersepadu R,D,C&I negara.

TERMA & SYARAT

  1. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Penyertaan adalah PERCUMA. Penyertaan secara berkumpulan juga adalah diterima.
  3. Semua hasil seni TIDAK BOLEH menyentuh sensitiviti perkauman, politik dan agama.
  4. Semua penyertaan yang diterima akan menjadi hak milik MOSTI dan boleh digunakan tanpa syarat serta tiada tuntutan royalti ulang siar/penerbitan.
  5. Semua keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
  6. Untuk Muatnaik borang pernyertaan boleh klik disini.


TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 29 FEBRUARI 2016 sebelum jam 5.00 petang

SEKRETARIAT MCY
Kementerian Sains Teknologi & Inovasi
Aras 3, Blok C4, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 PUTRAJAYA

Tel : +603 8885 8518/8246/8245
Fax: +603 8888 5969
Email: sekretariatmcy@mosti.gov.my



#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP