4 ciri kepada Johor Berkemajuan

4 ciri kepada Johor Berkemajuan

4 ciri kepada Johor Berkemajuan.

  1. Pertama: Semangat, pemikiran, nilai, sikap dan orentasi kita senantiasa menjurus kepada masa depan. “It is all about the future”. Berfikir ke hadapan, bersemangat ke hadapan, bercita-cita ke hadapan.
  2. Kedua: Semua usaha kita di negeri ini mesti terfokus untuk mewujudkan kondisi dan persekitaran yang lebih baik dalam kehidupan material dan sisi rohani bangsa.
  3. Ketiga: Budaya dan pemikiran progresif harus berakar umbi dan menjadi gaya hidup Johor. Singkirkan pemikiran kolot, pemahaman sempit, budaya malas, sikap bergantung pada orang lain. Singkirkan.
  4. Dan keempat: apa jua yang kita rencanakan mesti melihat perspektif global. Pemikiran maju harus mengambil kira sorotan lensa global. Spektrum dunia kita tidak berhenti di sempadan Johor Darul Ta’zim. Kita hidup dalam lingkungan yang sangat bersifat antarabangsa.

Inilah gagasan saya untuk Johor, insya-Allah. Jika gagasan ini kurang padu, kukuhkan ia. Jika kurang sempurna, baiki ia. Pokok pangkalnya, marilah kita melakukannya bersama-sama.
Kerana dalam benak saya yang fana ini, saya yakin, pemikiran yang saya gagaskan ini adalah sesuatu yang amat diperlukan dan benar untuk diperjuangkan.
Persoalannya sekarang, bagaimana kalian semua, penjawat awam, sektor swasta, aktivis NGO, penggiat seni, ahli sukan, ilmuan agama, pengamal media dan sekalian anak Johor boleh membantu merealisasikan misi besar ini?
Sebab gagasan ini bukan agenda politik demi kepentingan saya. Sebaliknya gagasan besar ini adalah untuk Johor dan seluruh warganya.
Maka, salah satu caranya adalah dengan menterjemahkan gagasan Johor Berkemajuan ini dalam setiap dasar, setiap program dan setiap gerak kerja kita. Agar ia selari dan terbudaya. Kerana, saya amat yakin, inilah jalan terbaik untuk Johor dan masyarakatnya.

DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
11 Febuari 2016

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied