VLE Frog dengan peningkatan ciri-ciri baru

VLE Frog dengan peningkatan ciri-ciri baru


Frog VLE telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru. Penambahbaikan ini dihasilkan untuk menjadikan Frog sebagai sistem atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra pengguna.

Kesemua penambahbaikan yang tersenarai di bawah dan lebih banyak lagi yang kami akan bawakan, sedang dilaksanakan pada bulan ini. Anda akan melihat beberapa perubahan baru apabila anda melog masuk dengan ID 1BestariNet anda!

Berikut adalah gambaran keseluruhan penambahbaikan Frog VLE.

Impak kepada Pelajar

Frog Timelines Apabila pengguna melog masuk ke dalam Frog VLE, paparan yang pertama adalah Frog Timelines. Frog Timelines merupakan sebuah platform media sosial yang menyerupai Facebook. Dashboard pengguna masih boleh diakses melalui Dashboard Switcher yang terdapat di bahagian atas laman VLE.
Memuat turun Site - Pelajar kini boleh memuat turun Site atau bahan pembelajaran daripada FrogStore.
Perkongsian Folder - Pengenalan fungsi “Shared Folder” membolehkan pengguna berkongsi fail, Site dan bahan pembelajaran dengan pengguna lain.
Impak kepada Guru

Markbook Baru - Guru boleh memantau perkembangan akademik pelajar mereka dengan lebih mudah menerusi fungsi baru ini.
Assignments - Wajah baru ciri ini memudahkan guru untuk mengenalpasti tugasan atau kerjarumah yang belum ditanda.
Mathematics Equation - Ciri baru ini membolehkan penggunaan simbol Matematik di dalam laman Frog VLE.
Site Rules - Ciri baru ini membolehkan guru menentukan siapa yang boleh melihat bahan-bahan tertentu dalam laman yang dibina.
Analisis - Penambahbaikan dalam fungsi ini membolehkan Frog Admin memperolehi maklumat dengan lebih terperinci dan mudah.
Ciri baru Walls dan Forums - Guru kini boleh melihat perbincangan pelajar dalam Walls dan Forums dengan lebih dekat melalui "Show to Others" dan "Show/Hide all Posts"
Pembinaan Laman Web - Para guru boleh membina laman web dengan menggunakan widget Frog VLE. Laman web yang siap dibina boleh diterbitkan di Internet.
Untuk maklumat lebih terperinci tentang ciri-ciri dan fungsi baru Frog VLE, sila kunjung Learn Centre melalui butang di bawah: Kunjungi Learn Centre
http://frogasia.com/learncentre/?page_id=1422

Sila log masuk dan terokai sendiri pembaharuan ini. Kami di FrogAsia akan memastikan usaha menaik taraf platform ini diteruskan agar dapat memberikan anda perkhidmatan yang terbaik.












Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam