SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 SEKOLAH RENDAH SESI JUN 2015

SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 SEKOLAH RENDAH SESI JUN 2015


Sukacita dimaklumkan penempatan PPP yang diperaku oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) boleh membuat semakan penempatan di Modul e-Graduan mulai 10 Jun 2015. Tarikh kuat kuasa penempatan adalah pada 22 JUN 2015. Url bagi aplikasi adalah seperti berikut : http://egraduan.moe.gov.my/

Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

Jawapan maklum balas Lampiran A bagi guru-guru dari Semenanjung yang ditempatkan ke Sabah dan Sarawak hendaklah dijawab melalui e-mel ke gurubaharu.bpsh@gmail.com sebelum 15 Jun 2015 bagi tujuan penerimaan tawaran penempatan seperti format di bawah:

Tajuk emel : Penerimaan Tawaran Penempatan 22 Jun 2015
Butiran :      
Nama :      
No. KP:      
Lampiran A

"Bagi alasan penangguhan lapor diri selain daripada yang dinyatakan di Jadual 1, sebarang permohonan tidak akan dipertimbangkan. Calon diwajibkan melapor diri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh arahan penempatan dikeluarkan. Sekiranya calon gagal berbuat demikian, tawaran pelantikan akan terbatal dengan sendirinya."

Sekian, terima kasih.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied