Garis panduan baharu pengambilan guru di Sabah dan Sarawak diperkenal

Garis panduan baharu pengambilan guru di Sabah dan Sarawak diperkenal


KUCHING – Kementerian Pen­didikan akan memperkenalkan garis panduan baharu dalam pengambilan kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sabah dan Sarawak untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan garis panduan itu dalam masa terdekat dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru tempatan di kedua-dua negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, syarat-syarat kemasukan pelajar cemerlang lepasan SPM ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dari Sabah dan Sarawak turut dilonggarkan agar mereka memilih bidang perguruan sebagai kerjaya pilihan.

“Kelonggaran minimum 5A diberikan kepada calon atau pemohon yang berasal dari Sabah dan Sarawak sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion perguruan.

“Pada masa sama, kita mene­tapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan SPM dari Se­menanjung untuk memohon men­ceburi profesion perguruan mu­lai ta­hun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjum­paan tertutup dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan presiden-presiden parti komponen BN di sebuah hotel di sini hari ini.

Sebelum ini, kemasukan ramai guru dari Semenanjung mengajar di Sarawak telah dipolitikkan oleh pembangkang di dua negeri ini dengan mendakwa kerajaan sengaja menghantar guru dari Sarawak ke Semenanjung dan tidak memberikan keutamaan kepada guru tempatan untuk mengajar di negeri sendiri.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, seramai 5,293 lepasan pelajar SPM dari negeri ini telah mengemukakan permohonan mereka untuk melanjutkan pengajian ke IPGM pada tahun lalu.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,713 pemohon berjaya melepasi tapisan awal dengan 665 orang calon layak ditemuduga.

“Akhirnya, seramai 398 calon dari Sarawak telah ditawarkan mengikuti PISMP pengambilan Jun tahun lalu di IPG di seluruh negara,” ujarnya.

Jika dibandingkan bilangan ca­lon yang berjaya, katanya, sebanyak 59.85 peratus pemohon dari Sarawak berjaya ditawarkan kemasukan mengikuti pengajian selama lima tahun di IPG.
Beliau berkata, sepanjang lima tahun berada di IPG, bakal guru terbabit akan diberikan latihan pengkhususan dalam bidang tertentu agar mereka dapat menjadi guru terbaik apabila mengajar di sekolah nanti.

Tambahnya, kerajaan jika boleh memang ingin menempatkan lebih ramai guru tempatan di Sabah dan Sarawak bagi menjimatkan kos perpindahan, di samping kelebihan mereka dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat setempat.

---Utusan Malaysia


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam