TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA (PENDIDIKAN) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TAHUN 2015

TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA (PENDIDIKAN) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TAHUN 2015


Panduan Mengisi Borang Permohonan Secara Online

  1. Url sistem online adalah http://apps5.moe.gov.my/ijazah1/
  2. Calon perlu mendaftar Nombor Kad Pengenalan dan Katalaluan dalam Daftar Pengguna. Katalaluan tidak boleh lebih dari 6 aksara. Katalaluan yang telah didaftar hendaklah disimpan dengan baik bagi membolehkan rujukan/kemaskini.
  3. Calon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan dan membuat pindaan sebanyak tiga (3) kali sahaja.
  4. Peringatan :
    • Borang permohonan yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses.
    • Permohonan secara online tidak memerlukan penghantaran salinan sijil - sijil. (Sijil - sijil perlu dibawa semasa temuduga)
    • Calon dinasihatkan supaya muat turun borang permohonan sebagai panduan untuk memudahkan proses mengisi borang secara online.
  5. Calon perlu mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-83217034 dan pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03- 83217082, 03-83217127 atau 03-83217128. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin – Jumaat) kecuali Cuti Am atau e-mel di alamat bt.ijazah1@moe.gov.my.
  6. Permohonan dibuka pada 1 Februari 2015 dan ditutup pada 28 Febuari 2015. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.


Syarat - Syarat Permohonan

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2015;
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon telah menerima surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi mengikuti Program Ijazah Pertama (Pendidikan) dalam bidang Pendidikan kemasukan September 2014 (semester 1 2014 / 2015);
  5. Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 ke atas bagi keputusan peperiksaan semester terkini untuk memohon;
  6. Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) dan Indeks Pengesanan Kendiri (IPK). Calon yang lulus INSAK dan IPK akan dipanggil untuk temuduga;
  7. Calon yang berjaya ditawarkan biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada;
  8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon.
  9. Pelajar tawaran pasaran terbuka/ "open market" tidak layak memohon.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied