Baucar Sijil Tamat Kursus, Kursus i-THINK dalam Talian (KIDT)


Baucar Sijil Tamat Kursus, Kursus i-THINK dalam Talian (KIDT). Akhirnya. Selesai juga kursus mama ni. Lewat sikit. Sebabnya. Masih dalam pantang dan cuti bersalin. Walaubagaimanapun. Alhamdulillah. Berjaya diselesaikan.

Jika anda telah melengkapkan KiDT, anda berhak mendapat 2 hari kursus LADAP. Kaedah memasukkan maklumat eSPLG anda adalah seperti berikut :

1. Daftar kursus kategori PBB > pilih kursus
2. Pilih jenis kursus > pilih kursus dasar/keperluan kursus
3. Pilih kursus > KBAT
4. Lengkapkan maklumat seterusnya.
5. Simpan maklumat tersebut dan daftarkan semua guru yang telah selesai mengikuti kursus i-THINK dalam talian.

Baucar ini pula membolehkan anda memperolehi Sijil Tamat Kursus. Anda boleh memuat turun baucar hanya apabila anda telah mencapai skor lebih daripada 60% (Lulus) dalam setiap tiga modul-modul penilaian (Penetapan Konteks, Proses Pemikiran & Ujian Terakhir) di bahagian akhir seksyen (Penilaian). Sila serahkan baucar tersebut kepada penyelaras sekolah anda di mana beliau akan membantu anda mendapatkan sijil tamat kursus.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Unknown berkata…
mama, problem nih. modul 12. bina peta buih berganda tunjuk perbezaan di sekolah dan di rumah. saya buat, banyak kali , dah berjam-jam... tak dapat proceed. apa yang saya salah buat ye mama????
Unknown berkata…
mama tengok link saya screen shot ni... ada 2. satu saya buat, satu lagi clue...

https://snag.gy/DdBp4w.jpg


ni link clue...

https://snag.gy/6txIVN.jpg


tolong bagi panduan ye mama...
mknace unlimited berkata…
Bahagian mari cuba ni tak beri effect pada proses. Bahagian ujian dan penerangan tu yang kena habiskan ikut ketetapan
Tanpa Nama berkata…
Sila tekan button *Play/Pause* kalau tiba-tiba i-THINK tak ada respon (tak ada suara / tak boleh TERUSKAN)..
Zuriati AM berkata…
Pernah siapkn tp x print lps tu x ingat save kat mana..
Ayu berkata…
Sama lah.. pastu guru besar suh buat lg.. sbb xde baucar..
Zuriati AM berkata…
Sdh siap tp sijil kluar nama org lain ....no sijil pun x sama...alahaiiiii...ithink what ithink....
Unknown berkata…
salam, nak tanya..kalau email baucar tak sampai..nk check dekat mana baucar tu ya? sebab certificate no. dah ada dkat mypage. pening2
Tanpa Nama berkata…
Betul2..sy pun sama.
Jenuh la klu nk buat lg sekali.
mknace unlimited berkata…
Salam semua. Kalau ada sebarang persoalan boleh hubungi urusetia di talian berikut
Tel: 03-8884 2000
Fax: 03-8888 9917
Email: mygfl@moe.gov.my
Nazirul Zol berkata…
salam.. bos, mcm mana penggiraan ithnik ni yea?? mcm ne dia skor yang 60% tu.. sebb saya last ujian dan ujian lain tiada yang bawah 60%.. tetapi last result dpt 76.7% tup2 kuar markah bawah 60%...
Tanpa Nama berkata…
Kalau markah kita sikit, boleh buat semula tak?
Unknown berkata…
Mcmana nak dptkan nombor sijil ithink yang dah siap?

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP