Dr. Madinah dilantik KSU Kementerian Pendidikan, Dr. Zaini KSU II


KUALA LUMPUR 31 Mei - Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Datuk Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Isnin ini. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha II kementerian yang sama, juga mulai Isnin.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata, tempat Madinah akan diambil alih oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Rosli Mohamed mulai tarikh yang sama. Madinah, 56, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 32 tahun.

 Rosli, 55, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pemasaran strategik daripada University of Hull, United Kingdom dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada University of Leeds, United Kingdom, pula berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam. Zaini, 48, yang berkhidmat lebih 23 tahun dalam perkhidmatan pengajian tinggi, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan alam sekitar daripada Newcastle University, United Kingdom. - BERNAMA

Semoga Kementerian Pendidikan akan terus gemilang selepas ini.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam