Catatan

Coway Villaem II

Imej
Coway Villaem II. Hmmm. At last ada jugak rezeki bertukar ke Coway. Bukan isu tak nak, tapi rezeki. Dari awal aku pindah ke Johor, masa memula nak tukar water filter; jenuh mencari. At last aku amik jenama apa ntah aku dah tak ingat. search lagi pun dah takde. Next penukaran bila water filter tu juga rosak. Call Coway, call cuckoo. Tak berangkat. So bukan rezeki deme juga la kan. At last aku amik IDE. Last year masa nak tukar next filter macam nak beralih ke Hijrah kalau tak silap; tapi takde rezeki juga. At last aku teruskan IDE. Minggu lepas, aku nyer IDE rosak juga akhirnya. Tempat tekan air panas patah. Hmmm.. Cuba cari siapa yang boleh. At last dapat Coway. After beberapa perbincangan akhirnya model Villaem II ni aku ambik. Welcome to the family. Setakat ni aku berpuas hati dengan benda alah ni. Suhu panas pun boleh adjust. Ngam.

Garis panduan pemakaian baju korporat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020

Imej
Garis panduan pemakaian baju korporat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020. Selaras dengan perubahan logo KPM nampaknya rekabentuk baju korporat KPM juga perlu kepada penambahbaikan. Satu surat makluman telah dikeluarkan pada 13 Ogos 2020 berkaitan garis panduan dan rekabentuk baharu ini melalui pautan  https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/3626-garis-panduan-pemakaian-baju-korporat-kpm-2020/file . Perbezaan agak ketara di bahagian logo di mana perkataan "Kementerian Pendidikan Malaysia" disulam dalam dua baris. So. Dah boleh mula rancang untuk buat yang baharu juga ni.

Balas dendam

Imej
Balas dendam. Amik kau. Sampai 4 hari tidur atas katil tu aje. Dia punya balas dendam bukan sikit-sikit. Masa pembukaan sekolah itu hari lupa semua, sibuk ke sana; sibuk ke sini. Macam kau takde masalah apa-apa. Sedangkan, realiti sedar betapa dah hampir 5 tahun rilek-rilek ja jalan jaga kaki tu. Sekali malam sabtu tu terus terasa lain macam. Sudah. Kalau dulu memang dah terus ke klinik cari ubat. Tapi PKP ni mengajar bahawa klinik jam 8 pagi baru buka; sabar menanti dalam kesakitan aje la semalaman tu. Jam 8 pagi. Cuba bangun. Sahih. Kaki dah sakit sangat dah ni. Tapi masih boleh lurus walau tak la lurus sangat. Jumpa doc. Banyakkan berehat. Ulangi balik apa yang aku belajar semasa dengan sesi fisioterapi dulu. Dapat MC dua hari. Balik. Makan ubat. Memang super mengantuk. Dua hari aku dihabiskan dengan tidur aje. Lalok habis ubat kali ni. Petang Isnin. Makin tak boleh gerak aku rasa ni. Kalau nak banding dengan gaya duduk, kali ni dah tinggal 90 degree je bukaan kaki aku ni. Tok leh j

Unifi @ Wawasan

Imej
Unifi @ Wawasan. At last, penantian aku yang dah lama ni dah terjawab. Punya la lama nak nunggu unifi sampai ke sini. Bila aku bertukar ke Digi Infinite pada 2018 selepas tech TM kata memang kawasan ni hanya boleh cover sampai 2Mb je. Sekali itu hari termasuk maxis, sekali dia semak ada dua port kosong katanya. Tapi takde jodoh. Masuk ke TM n termetri perjanjian baharu ni. Tu pun dah tinggal satu port ja. Huhuhuhu. Terbaeekkk!!! 7 Ogos, siap pemasangan unifi kat rumah aku. Terus ngetest. Best! Dan. Masa ni terus berubah semua fasiliti lam rumah. PS4 pun dah berubah tempat ke dalam. Lepas ni pun dah malas nak save game lagi. semua main live broadcast je. Cuma. Lokasi PS4 tu dah tak berapa sesuai sangat tapi bagus juga sebab kurang la sikit nak main kan. Unifi TV Box ke ruang tamu. HDMI switcher kembali ke bilik aku bersama Apple TV. Router TPLink dah jadi repeater pertama lam rumah ni. Sekali godak terjumpa repeater kedua aku, dan terus pasang kat ruang tengah. Siap beli terus set bahar

TCEAS Skudai : Almera Routine Service

Imej
TCEAS Skudai : Almera Routine Service. Tiba giliran adik almera pulak. Booking slot pertama jam 7.30 pagi macam biasa. Setel segala urusan pendaftaran terus amik grab ke ofis. Setelkan precouncil Dialog Prestasi bersama team petugas DTP. Abis opis hour terus book grab untuk amik semula almera dan balik. Suruh tengok sekali masalah pam wiper yang tak function. Sumbat katanya. Setel dah.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Isi semula on 6 Ogos 2020. Petronas Jalan Indah. RM54.15, 32.233 liter bawak ke 302.3 km

Sitam Kontot : sang tetamu pagi

Imej
Sitam Kontot : sang tetamu pagi. Tengah layan panas enjin tetiba terasa kaki kena gesel. Eh. Ko sapa pulak ni. Manja melewe. Nak tumpang rezeki. Si Phatah pun gi nengok jugak. Layan aje.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Isi semula on 27 Julai 2020. Petronas Jalan Tun Razak. RM65.19, 38.805 liter bawak ke 528.5 km

Kad Akses JPN Johor Baharu

Imej
Kad Akses JPN Johor Baharu. Ni bukan entry baharu walaupun tajuk dia ada perkataan baharu. Kisah bermula pun dah agak lama. Bila nengok rakan-rakan baharu penstrukturan dah mula memakai kad akses dengan warna cemerlang, terpandang kad akses sendiri yang dah berusia tu. Gambo pun rambut masih lebat, nama pun masih pelajaran. Terus masuk list juga nak tukar kad baharu. Tapi dah masuk list list terkendian la. Orang lain semua dah dapat pun kita masih baharu nak masuk senarai. Sekali PKP terus tertangguh. Hujung bulan Julai lepas dapat juga akhirnya kad akses baharu ni. Wow. Suka tul. Kad lama dah boleh masuk arkib kad aku. Nama ofcoz la antara yang terpanjang kan. Selak depan belakang. Terus semat di dada. Hehehe. Bertukar juga kad akses aku ni. At last! 

Leman Miko : sang super tido noti

Imej
Leman Miko : sang super tido noti. Dah boleh la diberi anugerah dan gelaran ni pada dia. Rantai leher pun dah tuko jadi biru. Manatau leh baik sikit kot kan. Merayau sekampung, balik cari makan dan tido. Hampes ko ye leman. Nak tido berekon je tau. Dah beso panjang tapi perangai cam kebudaks. Main lam kotak kecik ngan si ici. Tempat paling dia suka opcoz la kerusi kerja aku. Port pertama dia sampai bila balik untuk asah kuku sebelum makan. Asah sekali lagi sebelum tido juga.. haishhhh!!!