Kembara Mahkota Johor 2012


Picas shared from http://www.mppg.gov.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengetuai jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula pada 13 Mei ini dalam ekspedisi yang disertai oleh motosikal berkuasa tinggi. Dalam siri jelajah meliputi jarak 1,012 kilometer itu, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide. Pelancaran ekspedisi itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di perkarangan pasar raya TJ Mart, Kulaijaya dan akan berakhir di Plaza Angsana, Johor Bahru.



Picas shared from http://www.medkom.my

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Obet Tawil, berkata Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 952 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negeri ini. Antara barang sumbangan berkenaan ialah mesin rumput, mesin pengadun tepung, mesin jahit dan ketuhar yang kesemuanya bernilai RM786,780. Selain itu, tarikan terbaru kembara kali ini adalah acara cabutan nombor bertuah untuk dua pemenang di setiap daerah yang berpeluang mendapatkan sebuah motosikal Honda EX5 setiap seorang

Sepanjang program berlangsung, Sultan Johor turut berkenan untuk mengadili pertandingan memasak Bubur Lambuk 1Malaysia di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Baginda juga dijadualkan menyaksikan pertandingan sukan rakyat, pertandingan masakan tradisional, pertandingan boling kelapa serta demonstrasi dan pameran makanan tradisi Jawa dan Bugis. Ekspedisi berkenaan akan singgah di 20 tempat termasuk Felda Residence Tanjung Leman, Mersing; kampung Parit Haji Hassan, Kluang; kedai kopi Nanyang Pekan Yong Peng, Batu Pahat; Taman Awam Tasik Segamat; kampung Teratai, Bukit Serampang, Ledang; Pantai Leka, parit Jawa, Muar; kampung Puteri Menangis, Pontian dan Kompleks Komuniti, Kempas.




Logo 2012 ciptaan Muhamad Gazali A. Rahim


Posted via Blogger PC edisen


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam