Bulan Sukan Negara 2019


Bulan Sukan Negara 2019. Oktober Bulan Sukan Negara 2019. Bulan Sukan Negara adalah suatu kempen dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) bagi menggalakkan aktiviti bersukan kepada rakyat Malaysia. BSN 2019 akan dilancarkan pada 1hb Oktober 2019 di Kuala Lumpur.

Objektif Bulan Sukan Negara adalah untuk :
1. Membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat
2. Memupuk semangat sukan
3. Membangunkan ekonomi negara
4. Meningkatkan pengetahuan sukan
5. Pengiktirafan kepada rakyat

Beberapa agensi kementerian, swasta, NGO serta persatuan-persatuan turut serta bakal menganjurkan acara-acara diperingkat masing-masing seperti acara olahraga & padang, briskwalk 5km, senamrobik, zumba, senitari, sepakraga dan berbagai lagi. Semua golongan masyarakat, keluarga & kanak-kanak, wanita, belia, warga emas, serta OKU disasarkan untuk turut serta.

Sasaran Aktiviti
1. 5 jam penyertaan
2. 3M – Mudah, Murah, Menarik
3. Semua bentuk pergerakan fizikal (aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi)

Maklumat lanjut, layari portal rasmi BSN 2019 di bulansukannegara.my

Logo Bulan Sukan Negara bukan hanya sekadar akronim (BSN), akan tetapi ia terdiri daripada bentuk organik yang mewakili suasana yang mesra dan santai dalam sukan. Bentuk tepi bulat dan tajam mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme.

Warna yang dipilih untuk logo adalah biru, merah dan kuning yang sama dengan Bendera Malaysia. Biru mewakili perpaduan negara kita dalam sukan, merah mewakili tenaga, manakala kuning mewakili keadilan. Ini adalah warna yang merangkumi sukan Malaysia berwarna-warni. Keharmonian konsep bentuk logo ini menunjukan kesatuan belia berorientasikan, seperti seni graffiti.

Muat turun logo

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP