Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kementerian Pendidikan Malaysia

KENYATAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENEMUAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2013 SIRI 3 berkenaan Perkhidmatan 1BESTARINET

Imej
KENYATAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  MENGENAI PENEMUAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT  NEGARA TAHUN 2013 SIRI 3 berkenaan Perkhidmatan 1BESTARINET Perkhidmatan 1BestariNet merupakan komponen utama dalam Anjakan 7, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025. Program ini menyediakan Pelantar Pembelajaran persekitaran maya untuk mengupayakan pembelajaran akses kendiri. Kerajaan Malaysia melalui makmal New Key Economic Area - Content Connectivity and Infrastructure (NKEA-CCI) yang melibatkan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan dan agensi kerajaan yang berkepentingan telah mengenal pasti KPM sebagai pemangkin bagi pelaksanaan SchoolNet 2.0 yang telah dijenamakan semula sebagai 1BestariNet. Pelaksanaan 1BestariNet telah mengambil kira dapatan kajian impak yang dilaksanakan oleh pakar perunding berkecuali yang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi. Reka bentuk rangkaian, spesifikasi perkhidmatan serta skop kerja telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Spesifikasi Tekni

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Imej
PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 1. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor. 2. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014. 3. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan terhadap kertas

PERTANDINGAN VIDEO KORPORAT SEKTOR PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
PERTANDINGAN VIDEO KORPORAT SEKTOR PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OBJEKTIF PERTANDINGAN 1. Objektif pertandingan video korporat SPT ini adalah: 1.1. Mencungkil bakat dalam kalangan pelajar serta melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. 1.2. Mendapatkan intrepetasi ataupun perspektif berbeza dalam kalangan mahasiswa.  1.3. Membentuk jaringan hubungan dan membina kepercayaan pelajar terhadap Sektor Pengajian Tinggi. PENYERTAAN 2. Mahasiswa IPT (IPTA/IPTS) dan semua warga KPM secara individu atau berkumpulan.

Status terkini portal KPM

Imej
Status terkini portal KPM. Nampaknya, betullah seperti telahan aku. Memang kena hacked lagi portal ni. Sebijik cam nasib aku dulu. Dia akan berlarutan lagi sehinggalah berjaya dikesan lubang dan skrip yang ditanam dapat dikesan secara total. Dari gaya ni, nampaknya fail-fail dalam portal dah kena delete, dan admin restore balik fail backup terlebih dahulu ni. Tapi rasanya akan ada lagi serangan demi serangan berdasarkan pengalaman aku dulu ni... Paparan ni masih Anjakan isu #6 sedangkan kini dah #8 Tengok SPM dan STPM ada lagi 3 hari... maknanya ni arkib November ni. Data statistik pun berdasarkan Ogos.

And still ... lebih banyak kerja kerja pengorekan sedang dijalankan

Imej
And still ... lebih banyak kerja kerja pengorekan sedang dijalankan. What happens actually back there...

Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan isu pelajar Malaysia ke IPT di Mesir

Imej
picas from  http://drrahimahamid.files.wordpress.com Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan isu pelajar Malaysia ke IPT di Mesir PUTRAJAYA, 21 Ogos 2013 (Bernama) -- Kerajaan memandang serius situasi pergolakan di Mesir yang semakin meruncing dan bertambah buruk dengan rusuhan yang telah merebak ke bandar-bandar lain selain Kaherah dan Iskandariah. Kita bimbang keadaan akan jadi lebih meruncing dalam jangka masa terdekat. Merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di mana kerajaan akan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tegasnya meminta agar semua pelajar-pelajar baharu tidak pergi dan pelajar yang sedang bercuti semester untuk tidak kembali ke Mesir atas dasar keselamatan masing-masing. Maklumat yang telah diperolehi menunjukkan terdapat agen-agen swasta yang masih menghantar pelajar-pelajar baharu ke Mesir walaupun telah diperingatkan. Ini amat mendu