Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan isu pelajar Malaysia ke IPT di Mesir


Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan isu pelajar Malaysia ke IPT di Mesir

PUTRAJAYA, 21 Ogos 2013 (Bernama) -- Kerajaan memandang serius situasi pergolakan di Mesir yang semakin meruncing dan bertambah buruk dengan rusuhan yang telah merebak ke bandar-bandar lain selain Kaherah dan Iskandariah.
Kita bimbang keadaan akan jadi lebih meruncing dalam jangka masa terdekat.
Merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di mana kerajaan akan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tegasnya meminta agar semua pelajar-pelajar baharu tidak pergi dan pelajar yang sedang bercuti semester untuk tidak kembali ke Mesir atas dasar keselamatan masing-masing.
Maklumat yang telah diperolehi menunjukkan terdapat agen-agen swasta yang masih menghantar pelajar-pelajar baharu ke Mesir walaupun telah diperingatkan. Ini amat mendukacitakan kerana tindakan agen swasta ini jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar-pelajar tersebut.
Ditegaskan di sini bahawa proses kemasukan bagi pelajar Malaysia ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Mesir bagi sesi 2013/2014 telah ditangguhkan dan ini bermakna tiada kemasukan pelajar Malaysia yang baharu di Mesir untuk sesi September 2013.
Justeru itu, ibu bapa dipohon untuk tidak membenarkan anak-anak mereka untuk pergi ke Mesir atas dasar keselamatan. Dimaklumkan bahawa, semua urusan kemasukan pelajar ke IPT di Mesir diuruskan sepenuhnya oleh KPM. Kementerian Pengajian Tinggi Mesir hanya akan menerima pelajar yang diperakukan oleh KPM melalui Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
KPM amat prihatin dengan kebimbangan pelajar dan ibu bapa berhubung masa depan pengajian mereka. Ingin dinyatakan bahawa KPM sedang berusaha dengan IPT dalam dan luar negara sebagai alternatif untuk pelajar-pelajar menyambung pengajian mereka sekiranya keadaan di Mesir tidak membolehkan mereka meneruskan pengajian di sana.
SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
-- BERNAMA
Boleh semak di sini 

Dr. Zaini Ujang, melalui akaun Facebooknya pula menyatakan berkaitan penawaran daripada KPM ini.
TAWARAN KERAJAAN MALAYSIA KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR
 Peluang Pelajar Malaysia di Kaherah Balik Bermula Hari ini 20 Ogos 2013: Tawaran Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia menawarkan tiket penerbangan balik ke Malaysia setiap hari bermula hari ini dan seterusnya seramai 100 orang pertama pada setiap hari. Pilihan pelajar menerima tawaran ini secara sukarela bukan mandatori.
Untuk penerbangan hari ini saja tawaran akan berakhir pada jam 4 petang. Pelajar yang aktif pasport dan visa sahaja boleh membawa diri, barangan kargo 20kilo dan tangan 10kilo berserta pasport ke DMAK, Abbasiah untuk menaiki bas (bertolak selewat-lewatnya 4.30 petang)ke airport.
Kelompok ke 2, ke 3 dan seterusnya akan berterusan setiap hari. Pelajar yang berdaftar dalam e-borang evakuasi akan dipanggil dan pilihan di tangan mereka.
Semua peperiksaan dan perkuliahan ditangguhkan untuk pelajar Malaysia, tetapi bagi mereka yang bertegas untuk meneruskan juga exam, itu pilihan masing-masing.
Ibubapa akan dihubungi oleh pihak EME apabila senarai nama pelajar yang menerima tiket dan akan berangkat selesai difinalised.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016