PERTANDINGAN VIDEO KORPORAT SEKTOR PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PERTANDINGAN VIDEO KORPORAT SEKTOR PENGAJIAN TINGGI,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

OBJEKTIF PERTANDINGAN
1. Objektif pertandingan video korporat SPT ini adalah:
1.1. Mencungkil bakat dalam kalangan pelajar serta melahirkan pelajar yang kreatif dan
inovatif.
1.2. Mendapatkan intrepetasi ataupun perspektif berbeza dalam kalangan mahasiswa.
 1.3. Membentuk jaringan hubungan dan membina kepercayaan pelajar terhadap Sektor
Pengajian Tinggi.

PENYERTAAN
2. Mahasiswa IPT (IPTA/IPTS) dan semua warga KPM secara individu atau berkumpulan.


TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

3. Terma dan syarat pertandingan video korporat SPT seperti berikut:
3.1. Pertandingan Video Korporat SPT bermula pada 23 Jun 2014 dan berakhir pada 23 
September 2014.
3.2. Borang penyertaan boleh didapati daripada laman sesawang KPM. Semua penyertaan
yang diterima selepas tarikh tutup dan akan terbatal secara automatik.
3.3. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa IPT dan semua warga KPM
secara individu atau berkumpulan.
3.4. Peserta mestilah mematuhi dengan peraturan pertandingan seperti berikut:-
3.4.1. Video yang dihasilkan hendaklah menpunyai perkara-perkara berikut :
i. Pengurusan Sektor Pengajian Tinggi (SPT)
ii. Menteri Pendidikan , Menteri Pendidikan II,Timbalan Menteri
Pendidikan I & II dan Ketua Setiausaha II.
iii. Program-program anjuran SPT
iv. Program-program anjuran IPT iaitu universiti-universiti,Kolej Komuniti
dan Politikteknik
v. Logo KPM
vi. Penstrukturan SPT dan KPM
vii. Bahagian-bahagian / Unit dan agensi di bawah kelolaan SPT.
viii. Lain-lain difikirkan sesuai.
3.4.2. Peserta perlu menghantar penyertaan bersama ‘story board’ video tersebut
sebelum atau pada 7 Julai 2014 melalui email ukk@moe.gov.my. Urusetia akan
menghubungi peserta melalui email yang berjaya untuk ke peringkat seterusnya.
3.4.3. Panjang video hendaklah tidak kurang daripada 5 minit dan tidak melebihi 7
minit. Video mestilah idea asal peserta tanpa menciplak hasil karya/idea
orang lain. Para peserta hendaklah bertanggungjawab dan memastikan
bahan-bahan tidak diubah dari sumber yang mempunyai hak cipta terpelihara.
Sekiranya didapati ada di antara peserta yang menghantar karya yang tidak
tulen mahupun video sedia ada di pasaran, penyertaan tersebut akan dibatalkan.
3.4.4. KPM tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang menyalahi undang-undang
yang berkaitan.
3.4.5. Video yang dihasilkan boleh menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3.4.6. Video yang dihasilkan boleh dalam bentuk animasi,dokumenteri atau mengikut
kreativiti masing-masing dan mempunyai elemen korporat organisasi.
3.4.7. Pemilihan video yang terbaik akan dihakimi secara profesional oleh juri
jemputan dan seterusnya untuk menentukan pemenang.
3.4.8. Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kreativiti, keaslian, sentuhan seni
menarik, memenuhi terma dan syarat penyertaan serta berjaya meyakinkan para
juri.
3.4.9. Setiap peserta dibenar menghantar satu penyertaan dalam Bahasa Melayu dan
satu penyertaan dalam Bahasa Inggeris.
3.4.10. Setiap video korporat yang dihantar mestilah bertajuk “Pertandingan Video
Korporat SPT 2014 : (Nama Klip Video Anda)” dan disertakan :
i. Borang Penyertaan,
ii. Sinopsis Produksi
iii. Dua salinan DVD
iv. Salinan Kad Pengenalan Peserta
3.4.2. Penyertaan perlu dihantar ke alamat berikut:

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, No.2,Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

3.4.3. Semua maklumat terkandung dalam promosi, termasuk syarat-syarat
penyertaan dan tuntutan hadiah adalah sebahagian daripada terma dan syarat
pertandingan.
3.4.4. Urus setia berhak membatalkan mana-mana penyertaan secara automatik jika
melanggar terma dan syarat yang ditetapkan tanpa sebarang notis.
3.4.5. Sebarang terma, syarat dan peraturan yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan
pemegang tersingkir dari pertandingan dan pemenang gantian yang tersenarai
akan dipilih sebagai pemenang.
3.4.6. Pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
3.4.7. Video yang menang adalah menjadi hak milik KPM dan KPM berhak memindah,
menambah baik dan mengemas kini video serta memaparkan video tersebut
melalui media, program, aktiviti atau medium-medium yang difikirkan sesuai.
3.4.8. Keputusan pemilihan pemenang adalah muktamad dan sebarang bantahan atau
surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH PEMENANG

4. Hadiah bagi pemenang bagi pertandingan video korporat adalah seperti berikut:

Tempat Pertama RM 5,000 berserta sijil
Tempat Kedua RM 2,000 berserta sijil
Tempat Ketiga RM 1,000 berserta sijil
8 x Sagu hati RM 250 berserta sijil



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied