HACKATHON DATA TERBUKA SEKTOR AWAM 2015

HACKATHON DATA TERBUKA SEKTOR AWAM 2015


MATLAMAT PERTANDINGAN

Matlamat Pertandingan ini adalah:

  • Menyediakan ruang perkongsian ilmu ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan digital.
  • Mempromosikan produk/inisiatif digital perkhidmatan awam.
  • Menggalakkan pelibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Sektor Awam.

MASA PERTANDINGAN

Aktiviti pertandingan adalah bermula jam 9.00 pagi hari Rabu 9 September 2015 dan
berakhir jam 10.30 malam pada hari Khamis 10 September 2015.

Masa pertandingan 33 jam pembangunan aplikasi akan bermula jam 11.00 pagi pada hari
Rabu 9 September 2015 dan berakhir pada jam 8.00 malam pada hari Khamis 10 September
2015.

Sesi taklimat pertandingan dan majlis pembukaan akan diadakan sebelum pertandingan
dimulakan. Selepas pertandingan selesai, sesi penilaian oleh juri dan diikuti oleh majlis
penutup.

LOKASI PERTANDINGAN

TM Innovation Centre, Lingkaran Teknokrat Timur, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

MAKLUMAT LANJUT PERTANDINGAN

  1. PASUKAN BERTANDING
    • Terbuka kepada Penjawat Awam, Komuniti dan Pelajar IPT (Maksimum 4 Orang / Kumpulan dan komposisi ahli pasukan hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang warganegara Malaysia).
    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
    • Memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang memuaskan sepanjang tempoh hackathon.
    • Pasukan yang kekurangan ahli atas masalah kesihatan semasa pertandingan berlangsung boleh meneruskan pertandingan atau menarik diri daripada pertandingan. 
  2. PENYERTAAN PERTANDINGAN
    • Pasukan yang bertanding perlu menghantar borang penyertaan secara dalam talian sebelum atau pada jam 12.00 tengah malam Jumaat 14 Ogos 2015 (www.data.gov.my/hackathon)
    • Pasukan yang akan bertanding akan diumumkan melalui laman web Data Terbuka pada 20 Ogos 2015. Pemilihan senarai pendek pasukan akan dijalankan oleh pihak urus setia sepenuhnya berdasarkan kepada cadangan projek.
  3. AKTIVITI PERTANDINGAN
    • Mencipta produk menggunakan data terbuka sektor awam yang diperoleh daripada laman sesawang www.data.gov.my
    • Produk yang dibangunkan dari scratch. Produk yang dibangunkan adalah asli dan tidak terikat dengan mana-mana Intellectual Property (IP).
    • Produk yang berpotensi dan memberi impak kepada komuniti dan rakyat yang telah dibangunkan semasa hackaton akan dimuatnaik di portal Data Terbuka Sektor Awam untuk pendedahan kepada orang awam
    • Peserta diberi masa selama 33 jam bagi mencipta produk tersebut. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam akan disediakan sepanjang pertandingan diadakan. 
    • Peserta boleh membawa perkakasan (electrical extension, network switch), perisian dan buku rujukan sendiri semasa pertandingan sebelum pertandingan bermula. 
    • Setiap pasukan yang disenarai pendek akan diberi masa selama 10 minit bagi sesi pembentangan kepada panel juri 
    • Kemudahan internet disediakan
  4. PENILAIAN
    • Pertandingan ini akan dinilai oleh Panel Penilai atau Juri Profesional yang dilantik oleh pihak penganjur. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. 
  5. HADIAH PERTANDINGAN
    • Pertama : RM5,000.00
    • Kedua : RM3,000.00
    • Ketiga : RM1,000.00
    • Saguhati Penyertaan
  6. PERUBAHAN KEPADA TERMA DAN SYARAT
    • Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda, memotong atau enambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut. 
  7. LIABILITI
    • Penganjur pertandingan tidak akan bertanggungjawab bagi:
      • sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh kelewatan atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Borang Penyertaan.
      • sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada kesihatan fizikal dan mental daripada mana-mana peserta yang tidak terhad untuk tempoh masa.
      • sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada mana-mana peserta dan barang-barang mereka kerana mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
      • sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan pemenang), gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian Internet, kecurian, kemusnahan, atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, kegagalan fungsi perkasasan atau perisian yang timbul semasa pertandingan.
    • Peserta bertanggungjawab terhadap:
      • apa-apa kemudahan, komputer dan peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur kepada mereka bagi tujuan pertandingan ini.
      • Memastikan kebersihan kawasan persekitaran bagi setiap kumpulan.
  8. KEHILANGAN KELAYAKAN
    • Penganjur pertandingan berhak untuk membatalkan penyertaan apabila peserta melanggar peraturan.
  9. PERTANYAAN

Tarikh dan masa yang perlu diambil perhatian :

Tarikh
Masa
Perkara
27 Julai 2015
9.00 pagi
Hebahan Penyertaan
14 Ogos 2015
11.59mlm
Tarikh tutup Penyertaan
24 Ogos 2015
12.00 tghari
Hebahan Senarai Pendek bagi Penyertaan pertandingan mengikut kumpulan
9 September 2015
9.00 pagi
Pendaftaran Hackathon dan Sarapan Pagi
10.00 pagi
Taklimat Hackathon
10.30 pagi
Majlis Perasmian oleh
YBhg Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman
Ketua Pengarah MAMPU
11.00 pagi
Hackathon bermula
12.00 tengah hari
Makan Tengah hari
4.00 petang
Minum Petang
7.00 petang
Makan Malam
11.00 malam
Minum Malam
10 September 2015
7.30 pagi
Sarapan Pagi
10.00 pagi
Minum Pagi
12.00 tengah hari
Makan Tengah hari
4.00 petang
Minum Petang
7.00 petang
Final Countdown
8.00 malam
Hackathon Tamat
Makan Malam
Penilaian Panel
10.00 malam
Penutup dan Penyampaian Cenderahati
Tarikh akan ditentukan kemudian

Penyampaian hadiah sempena Hari Terbuka Perkhidmatan Digital Sektor Awam 2015



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP