Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2018

Shopee : The next batch delivery

Imej
Shopee : The next batch delivery. Makin banyak yang tiba. Termasuk barang yang aku beli ganti yang tak jadi beli kat lazada tu. Belasah aje ler. Harga yang aku dapat pun lebih rendah dari tawaran 12.12 yang aku gagal perolehi tu. Memang ofcoz tak sentuh lazada lagi lepas ni. Shopee pun nampaknya cantik dia nyer konsep. Macam konsep safetrade lelong satu ketika dulu. Layan.

Jom Jenjalan : MCM Studio, Capitol City, Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : MCM Studio, Capitol City, Johor Bahru. Masa lunch kami singgah jap sini. Capitol City. Tak target pun nak gi MCM Studio ni. Cuma sebab curiosity that killed the cat; kami merayap ke setiap aras sambil borak-borak dan ternampak satu eskalator yang tinggi abis. Ni la yang sampai terus ke aras 5 yang terletaknya MCM Studio ni. Antara yang lama kami lepak adalah FassGadget; yang jual action cam dan MCM Studio ni la. Leh tahan. Masuk free. Nak main baru bayar ikut harga yang ditetapkan untuk part yang kita nak tu. Kalau day tiket dia letak RM128. Tapi, dengan kaedah kedua tu; lebih jimat sebab kita leh cuci mata dan bayar part yang kita nak main sahaja. Tengok la nanti untuk return ngan the cikedis nanti.

Bengkel Penyediaan Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tahun 2019 menerusi MyGovUC

Imej
Bengkel Penyediaan Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tahun 2019 menerusi MyGovUC. Terima kasih pada semua tenaga pengajar, fasilitator, sektor dan contributor yang dilantik untuk pengurusan kalendar jabatan yang telah berjaya menyelesaikan urusan takwim JPN Johor bagi tahun 2019. Kali ni kami bagi ruang dan kelonggaran sedikit. Ada 3 hari untuk review semula sebelum kami kunci. So. akan ada bengkel penyelarasan akhir pulak lepas ni. Tunggu... Foto semua pakai yang puan azmah punya. Layan...

Shopee : More items are coming

Imej
Shopee : More items are coming. Dah mula rancak. Setiap hari ada barang sampai. Layan aje la. Terselit sekali kad petronas gift card dari Samsung. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Restoran Wadi Hana Elarabi

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Wadi Hana Elarabi. Asalnya nak makan kat Anjung Selatan. Cumanya. Orang terlalu ramai hingga menyebabkan kami terpaksa pikir tempat alternatif. Adi cadang gi sini. Ni restoran Mesir. Memacam la deme order. Aku pun tak reti nak sebut. Aku dan Firdaus amik nasi Khabsah ayam, ustaz maslizam amik Khabsah kambing dan adi amik Nasi Fattah. Nasi dia memang sarat dengan rempah. Cumanya. Dah habit aku akan perabis nasi sebelum ratah lauk, ayam dia actually kurang rasa. Memang nasi tu yang menaikkan selera actually. Harga a bit high berbanding nasi arab yang lain. Teh dia memang sangat pekat.

Sesi selongkar sijil

Imej
Sesi selongkar sijil. Sesambil nak tunggu Malaysia lawan Vietnam dengan kesudahan tak berapa best tu, aku sempat clear out semua benda berasaskan kertas kat stor sementara tu. Asing kertas putih dan kertas campur. Dapat dua kotak besar masing-masing kertas putih dan kertas campur. Tunggu lori surat kabo lama lalu aje pasni. Yang best. Banyak sijil tambahan yang aku suka main letak je memana ditemui. Hmmm. Camna aku leh misplace benda-benda ni. Esoknya siap keluarkan dan sort semula semua sijil dan surat yang selama ni tersimpan dalam fail aje. Lama tak pegang sijil UPSR ni. Nampak no dah lama. Ingat nanti nak tunjukkan kat iqa dan inaz. Abah dulu kertas tulis tangan je. Hehehe. Siap digitalkan semua surat. Sijil tunggu dulu.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181214 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181214 Progress. Alhamdulillah. Semua yang core dah selesai. Tinggal baki yang mekap-mekap aje lepas ni.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181214 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181214 Progress. Tambahan kawasan bersimen di bahagian tepi hadapan. SAJ pun laksanakan penukaran meter air. Rumah aku antara yang terlibat. Alhamdulillah. Air pun dah kuat sikit tekanannya.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20181214 Jemaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20181214 Jemaat. Alhamdulillah. Dah makin bagus budak berdua ni. Iqi dah OK dah. Dah besar dah kan. Si Ici kena banyak train lagi ni. Balik. Poslaju sampai ngantor barang 12.12 Shopee. Petang tu jugak semua barang yang aku tak dapat kat lazada aku beli kat shopee. Haiisshhh!

Jenjalan Cari Makan : KFC Iskandar Puteri

Imej
Jenjalan Cari Makan : KFC Iskandar Puteri. Selesai kami gunting rambut terus gerak ke KFC Iskandar Puteri. Tapau lunch. Satu yang aku suka kat sini adalah orang tak ramai. A bit susah nak gi kalau dari gelang patah sebab korang kena buat u-turn kat trafik light nusa bayu tu. Kami sampai je terus buat pesanan. Lepak jap nunggu pesanan siap. Ada sorang je depan kami. Lepak kat kerusi sambil wefie wefie la. Kekeke.

Another haircut @ Kedai Gunting Ravi

Imej
Another haircut @ Kedai Gunting Ravi. Kita kasi cantas pendek semua. Ala-ala korea pulak tu. Kekeke. Tetiba si ici bad mood. At last aku kena duduk sebelah dia. Layan.

TCEAS Skudai : 20181214 Servis Livina

Imej
TCEAS Skudai : 20181214 Servis Livina. Biasanya aku servis hari khamis. Slot last ngam ngam aku sampai dari tempat kerja. Kali ni aku kena amik first slot hari cuti. Pasal dah nak kena tukar plug. Dekat 3 jam aku lepak sini. Siap semua kerja tertunggak dapat diselesaikan. Bukak mobile legend. Baru masuk game rank, nama dah kena panggil. Alamak. Abis la aku nyer credit point kena tolak lagi. Sekali borak, si Chua ni pun main mobile legend jugak. Siap tanya nak selesaikan satu game dulu tak. Takpe lah. Layan aje la 5 mata kena potong. Pasal aku langsung tak gerak masa setelkan pembayaran dan borak ngan chua tadi. Yang pasti. Team aku menang jugak. Aku main lam kereta sebelum gerak. Kekeke.

Lazada 12.12 Grand Year End Sale : Last for me

Imej
Lazada 12.12 Grand Year End Sale : Last for me. Tak sangka kan. Aku boleh terus takde mood lagi nak buka Lazada lepas ni. Seriously. Selama ni memang aku suka dengan Lazada. Perkhidmatan terbaik setakat ni bagi aku. Tapi semalam dan hari ni aku terus hilang kepercayaan. Kisahnya bermula semalam. 12.12 sale la apa lagi. Memang ada la aku order 4 item. Aku dah pesan mama untuk buat pesanan jugak. Sekali aku balik. Rupanya mama order kat Shopee. OK lah kan. Bayar dan selesaikan shopee. Teringat Lazada. Buka. Terus nak buat pembayaran. Pakai kad. Gagal. Pakai bank. Gagal. Baru perasan apa yang mus cakap sebelum ni. Tukar ke e-Wallet. Gagal jugak. Tapi transaksi diteruskan dengan status payment pending. Haiisshhh. Tak pernah beb jadi gini. Pagi ni cuba lagi. Tokleh jugak nak bayar. Apa kes ni? At last aku kena topup e-wallet. Masuk aje la RM100. Sampai ke sudah aku tokleh bayar. Masa ni memang dah tensen dah ni. Apa kes? Terus live chat memandangkan nombor telefon dah takde. Punya lama b

Jom Jenjalan : City Square Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : City Square Johor Bahru. Selesai kat STF, kami gerak ke City Square. Iqa nak jumpa kakak angkat dia yang datang dari Pahang jap. Baru habis SPM tempoh hari. Kalau ingat, aku ada tulis yang iqa nunggu kat STF untuk jumpa kakak angkat dia selepas kertas akhir SPM. So. Aku bawa dan tinggalkan dia bersama kakak angkat dia di sini. Aku? Merayap la jap. Merata kot. Sampai ke CIQ pun aku gi. Kekeke. Gasak la. Selesai. Kami jumpa semula di McDonald. Sempat la merasa sengal-sengal kat kaki. Kasi can la. Hope both of them akan dapat berjumpa lagi masa Majlis Anugerah Cemerlang tahun depan dengan flying colours.

Sekolah Tun Fatimah : 20181213 Pentaksiran Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181213 Pentaksiran Tingkatan 3 2018. Hari ni ambil cuti lagi. Khusus untuk hadir ke STF neman iqa amik keputusan PT3. Keluar awal. Singgah dulu ke Cafe Ali yang dulunya nama dia Kafe Hijo. Leh tahan roti tampal dia beb. Selesai baharu kami gerak ke STF. Sampai ngam-ngam jam 10 pagi. Masuk dewan untuk dengar taklimat dari Pengetua. Alhamdulillah. Calon PT3 2018 seramai 139 calon dengan 73 orang mendapat straight A. GPS 1.110. Tahniah pada kesemua murid batch Querencia. Anda telah buktikan anda boleh! Seterusnya murid kena bergerak ke kelas masing-masing untuk mengambil keputusan. Iqa datang dengan wajah gembira. 10A. Alhamdulillah. Tahniah Iqa. Straight A untuk PT3. Iqa dah buat yang terbaeekkk!!!! Terima kasih pada semua guru Sekolah Tun Fatimah atas bimbingan dan dorongan yang diberikan selama ini.

Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181213 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 3 : 20181213 Progress. Alhamdulillah. Dah hampir nak selesai kawasan porch ni.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor : 20181212 Latihan Kebakaran

Imej
Jabatan Pendidikan Negeri Johor : 20181212 Latihan Kebakaran. Actually. Benda sepatutnya dah ada hanky panky. Siren terbunyi awal. Semua pakat dah turun. Bila diarah naik, kebanyakan duduk kat area bawah sahaja sampai bunyi siren sebenar kedengaran. So. Tak berapa nak cantik la kan, sebab masa kami kosongkan the whole bangunan hanyalah 3 minit. Hehehe. Abam bomba sempat tazkirah pasal kesediaan pasal kami ni macam dah diberitahu awal oleh api. Hehehe. Nanti kita return balik ye abam bomba ensem. Beberapa siri latihan memadam api dibuat. Memang best walau panas. Aku pun dah gerak ke tepi dan duduk kat divider. Abis haus kaki beb.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sirr d'rina

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sirr d'rina. Lama tak makan kat sini. Lunch kali ni singgah sini dengan encik Firdaus. Dedua pilih lauk dan menu yang sama. Kakaka. Kalau si mus harus la dia amik caker ayam.

Pembentangan Profil Sektor Dan SKT Sektor JPN Johor 2019 Siri 2

Imej
Pembentangan Profil Sektor  Dan SKT Sektor JPN Johor 2019 Siri 2. Ready untuk pembentangan. Giliran kami jadi yang pertama di Bilik Bengkel SJQ. Alhamdulillah. Selesai.

JW2 9 back to business

Imej
JW2 9 back to business. Alhamdulillah. Semalam gelap gulita. Bila atuk ngadu baru aku perasan. Amik nombor tiang cam biasa. Tengah hari tu aku buat laporan ke TNB. 24 jam insyaallah selesai kataya. Sekali pagi ni atuk bukak pintu nak gi surau dah terang benderang simpang tu. TQ TNB.