Lazada 12.12 Grand Year End Sale : Last for me


Lazada 12.12 Grand Year End Sale : Last for me. Tak sangka kan. Aku boleh terus takde mood lagi nak buka Lazada lepas ni. Seriously. Selama ni memang aku suka dengan Lazada. Perkhidmatan terbaik setakat ni bagi aku. Tapi semalam dan hari ni aku terus hilang kepercayaan. Kisahnya bermula semalam. 12.12 sale la apa lagi. Memang ada la aku order 4 item. Aku dah pesan mama untuk buat pesanan jugak. Sekali aku balik. Rupanya mama order kat Shopee. OK lah kan. Bayar dan selesaikan shopee. Teringat Lazada. Buka. Terus nak buat pembayaran. Pakai kad. Gagal. Pakai bank. Gagal. Baru perasan apa yang mus cakap sebelum ni. Tukar ke e-Wallet. Gagal jugak. Tapi transaksi diteruskan dengan status payment pending. Haiisshhh. Tak pernah beb jadi gini. Pagi ni cuba lagi. Tokleh jugak nak bayar. Apa kes ni? At last aku kena topup e-wallet. Masuk aje la RM100. Sampai ke sudah aku tokleh bayar. Masa ni memang dah tensen dah ni. Apa kes? Terus live chat memandangkan nombor telefon dah takde. Punya lama borak, at last aku kena kensel pembelian tu. So. Memang wajib la tak dapat semula kan harga tu kan. Terus aku bosan. Aku nak keluarkan aje semua duit aku tu. Tapi tokleh. memang tokleh kata personel incharge. K. Putus terus. Lepas ni memang la aku dah tak jejak lazada lagi. dah banyak dah pun platform lain yang setanding. Apa pun. Tak lupa aku log aduan kat KPDNKK macam biasa. Cuma kali ni, pada Lazada. I just want my money back. Dah takde selera nak berbelanja kat sini. 12.12 rupanya jadi tarikh keramat aku putus dengan Lazada. Adios beb!


punya la eager setiap kali sale. cuma not for this session

takde langsung butang pay now

pending gitu aje ler

duit dah topup tapi tokleh nak buat pembayaran

mana yang boleh keluar, aku keluarkan

terpaksa kensel, dan ditambah sedikit nota untuk admin baca masa senggang

tak lupa

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam