Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2017

Syafinaz's SKTNP Greet n Meet Session

Imej
Syafinaz's SKTNP Greet n Meet Session. Balik kerja itu hari nengok ada foto inaz dan kawannya bersama cikgu. Bukan satu tapi tiga. Kreatif jugak kelab guru ni. Nice thinking. Kebudaks pun suka sebab dapat bergambar dengan cikgu kesayangannya. Kelab pun dapat duit. Terbaeekkk!!!! Kenangan tu yang mahal sebenarnya.

Jenjalan Cari Makan : Yee Mee Medan Selera Tesco Bukit Indah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Yee Mee Medan Selera Tesco Bukit Indah. Aku pun tak pasti samada aku yang dah lama tak makan yee mee atau memang yee mee dia a bit pelik. Not in the list anyhow.

Gebooz Gedikz : Sesi menggediks April

Imej
Gebooz Gedikz : Sesi menggediks April. Suka bebeno lepak terkangkang gitu. Haishhh. Tektik nak suh main dengan dia la tu.

Sekolah Tun Fatimah : 20170429 Majlis Anugerah Tun Fatimah

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170429 Majlis Anugerah Tun Fatimah. Pagi ni seawal jam 7.30 pagi dah keluar. Gi sarap dulu. Sebelum gerak ke STF untuk Majlis Anugerah Tun Fatimah. Iqa bertuah sebab seawal pembelajaran di sini, dia dah dapat rasa kemeriahan Majlis Anugerah berprestij di sini. Teruskan usaha dan cuba untuk terus sentiasa cemerlang di masa mendatang. Apapun. Yang tak best adalah... jarang la aku dapat tempat yang spoiled macam hari ni. Haishhh... Takpe. Lessons learned! Tahniah pada iqa dan semua yang diberi pengiktirafan pada hari ni.

Pelangi Senja

Imej
Pelangi Senja. Kelmarin. Masa aku tengah panas hati tu. Sambil sambil lepak. Tuhan bagi pelangi depan mata. Udah udah la marah tu. Seronok ici nengok. Terkinja kinja --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Yok Jenjalan : Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-58 (FESKO 58) 20170428

Imej
Yok Jenjalan : Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-58 (FESKO 58) 20170428. Semalam jenjalan ke UTM. Biasalah. Mama mana boleh miss FESCO UTM ni. Ni la satu satunya time nak membeli belah baju dan sebagainya. Hahaha. Kalau ikut aku nak balik sebelum Jumaat. At last aku semayang sini aje. Bagi can mama dan adik meronda. Layan... Hari ni hari mula. Baru nak panas. Dan aku percaya akan ada seken time nih... ngeh ngeh ngeh.

SK Kampong Kudung : Site Verification

Imej
SK Kampong Kudung : Site Verification. Semalam ke SK Kampong Kudung. Kampung orang asli di daerah Segamat. Sebenarnya banyak yang aku nak tulis. Tapi for now. Aku memang tak dapat nak tulis. Hati, jiwa, raga masih menggelodak marah. Not a suitable time to write. Nanti meroyan aje. Tunggu tenteram sikit hati ni. Sementara tu. Layan la dulu gambar yang ada ye. Adios!

SK Tanjung Surat : Site Verification

Imej
SK Tanjung Surat : Site Verification. Seriously. Kalau tak sampai memang tak percaya. Sekolah ni atas pulau kat hujung tanjung. Tanjung Belunkor, Tanjung Buai. Lagi aku amazed bila sampai ja jeti ni, satu jeti kecik aje sebelah jeti tanjung belungkor; dan ko akan hilang segala-gala ketamadunan (pinjam kata-kata mustakim). Berharap pada apa aje kenderaan yang ada untuk sampai ke sekolah dia. Bukannya dekat lagi. Masih jauh. Sempat borak dengan Tok Amin, ketua kampung di situ. Dapatla paham sikit sebanyak perkara sebelum sampai ke sekolahnya. Kami naik bot ke jeti di seberang. Pak Mat. Satu-satunya pengusaha bot di situ. Satu kepala RM1.50 untuk sampai ke seberang. Dah sampai seberang. Hmmm... masih jauh berkilometer nak sampai sekolah. Ada van sapu dengan kadar RM15. Tapi guru besar n the troup sampai to the rescue. Dengan jaga pun datang. Pinjam motor penduduk kampung. So. Merentas hutan lah kami pagi tu untuk sampai ke sekolah. Wahhh... Tetiba aku rasa macam wow... Tadi kami tak

Gotong Royong Nek Yang

Imej
Gotong Royong Nek Yang. Pagi tadi kat rumah nenek yang. Seronok ler kebudaks ni. Ngepau aiskrim. Makan ramai-ramai. Layan.

Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15

Imej
Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, Istana Negara telah mengeluarkan profil Seri Paduka Baginda seperti berikut: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah diputerakan pada tanggal 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985. Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di O

Another Fogging : Edisi lepak kereta

Imej
Another Fogging : Edisi lepak kereta. Wah... Balik tadi mama ajak keluar. Gi fotostat. Gi isi minyak. Sekali balik. Alamak. Udah memutih kawasan. Lepak aje ler dalam kereta. Adik Inaz ngan Iqi dok melepak sama gebooz lam Bezza. Layan aje ler.

AEON Tebrau : A litte bit of shopping

Imej
AEON Tebrau : A litte bit of shopping. Singgah sini jap. Ada benda yang nak dicari. Makan dulu kat KFC. Puas meronda. At last ubah hala ke Tesco. Ala. Seberang jalan aje. Tapi boleh tahan new wing baharu AEON nih. Ke. Pasal dah lama aku tak ke sini.

JSLC Yok Color Run 2017

Imej
JSLC Yok Color Run 2017. Pagi tadi gerak awal. Lepas subuh aje terus keluar. Gerak ke Seri Austin untuk program ni. Iqa dan Afiqah masuk. Sampai. Terus turunkan deme kat depan gallery. Pastu cari parking. Alhamdulillah. Dapat parking depan Starbuck. Gi tengok sekali lalu. OK. Well organised. Iqa pun dah beratur di tempat sewajarnya. Terus gi kereta. Lepak kat situ. Tak kuasa aku nak bersiar siar area program tu kan. Tak berapa lama kendian dah nampak pelari dah dilepaskan. Lepak aje ler. Tunggu sampai dia orang semua habis. Baru aku gerak ke tapak program. Ngusyar cari iqa. Sekali jumpa the whole SPSPK crew. Lepak layan borak jap. Dah setel semua snap snap. Then go back la. Sakan la kebudaks ni semua dapat main tepung berwarna hari ni. Sedar tak sedar. Kereta aku pun terpalit sama. Kuang kuang kuang. Parking lagi area larian.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170421 Khutbah - Hikmah Israk Mikraj

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20170421 Khutbah - Hikmah Israk Mikraj. Singgah sembahyang jumaat lagi di sini. Khutbah boleh dimuaturun menerusi pautan  http://jainj.johor.gov.my/khutbah/2017/April/HikmahIsrajMikraj.pdf

Yok jenjalan : Southern Launderette, Taman Nusantara

Imej
Yok jenjalan : Southern Launderette, Taman Nusantara. Pagi tadi nyinggah dobi. Hujan sepagian. Just nak gi keringkan baju aje. Basic RM4. Tapi. Sebab nak pastikan betul-betul kering, dan baju pun dah over garis RM4 tu. Tambah RM2 untuk tambahan 10 minit. Quite cozy la tempat dia. Wifi semua ok.

Sekolah Tun Fatimah : 20170421 Kejohanan Balapan dan Padang STF Kali ke 54 dan Outing Bermalam

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170421 Kejohanan Balapan dan Padang STF Kali ke 54 dan Outing Bermalam. Petangnya terus gerak ke STF. Nak amik iqa dan afiqah. Balik bermalam. Sabtu ni terlibat dengan Yok Color Run 2017 pulak. Cabaran pertama. Total blackout kot kat opis. Masak. Dah dua khamis dah aku menapak turun 5 tingkat ni. Takpe la. Sampai. Terus amik diaorang. Sesambil tu dok browse thru foto foto sukan pagi tadi. Kekeke. Layankan aje. Rumah Aishah champion ini tahun. Siap jadi johan Sukantara, Johan Perempuan 13 Tahun dan Johan Perempuan 18 Tahun. Johan Sorakan Rumah Zainon.  Rumah  Fatimah dapat Johan Hiasan Khemah, Johan Perbarisan dan Johan Maskot. Rumah Zeti dapat Johan Perempuan 15 tahun. Olahragawati. Wan Nur Syasya Aqilah Wan Asmuri dari Rumah Fatimah. Terbaeekkk!!!! Iqa. Dalam band aje. Dia tak lari pulak kali ni.

Phase 2 : Portal Hari Guru Kebangsaan 2017

Imej
Phase 2 : Portal Hari Guru Kebangsaan 2017. Rabu tu lah aku baru tahu yang portal kami akan jadi portal rasmi untuk perayaan kali ni. Tiada lagi FB or any media sosial. Semalam memang kena workout habis-habis. Portal ni jugalah yang akan jadi medium utama semasa gimik pelancaran di PWTC 30 haribulan ni. Duduk semua team. Bincang satu-satu. Mesti ada something WOW in the portal. TQVM pada the whole team atas kerjasama. Yang kat sekolah pun sokong secara maya thru telegram. Memang the best team! Hope for the best. 1 more week to go!

Mesyuarat Penyelarasan PBPPP JPN/PPD Bil.1 tahun 2017 negeri Johor

Imej
Mesyuarat Penyelarasan PBPPP JPN/PPD Bil.1 tahun 2017 negeri Johor. Ni meeting hari Rabu lepas. Hari yang paling banyak program. Dengan BOSOTnya. Dengan Hari Gurunya. Dengan PBPPPnya. So. Setelah berbincang. Aku gerak masuk ke meeting yang satu ni. Cuma. Aku tak join untuk sesi fotografi lepas dah abis mesyuarat. Terus gerak. Layan BOSOT pulak. TQ bebanyak Kara sebab layan je apa yang aku tanya. Setel BOSOT aku sebelah malamnya. Banyak sangat benda lain yang aku perlu setel petang tu.

BOSOT : Done!

Imej
BOSOT : Done! Hari ni aje aku ada pertindanan program yang sangat banyak. One of it sudah pasti lah BOSOT ni. Blue Ocean Strategy Online Training. Tu nama panjang dia. A bit celaru sikit fikiran. But aku gagahkan jugak hari untuk teruskan. Memang satu kursus yang sangat baik. Kalau aku betul betul dapat tumpu 100% minda dan hati aku kat dia. Video. Soalan. Cerita. Soalan. Most of its question memang berdasarkan video/cerita itu sendiri. Tak payah dok fikir kelain banyak sangat. Ko faham apa yang disampaikan. Ko akan dapat jawab dengan tepat. Aku kantoi kat mana? Banyak kat soalan yang ada pilihan jawapan : "Semua di atas adalah betul". Ni memang kelemahan utama aku betul. Banyak pulak tu soalan gini. Dengan kepala dan minda yang half aware. Rasa-rasa korang pun tahu apa yang akan jadi kan. Apapun. Dapatlah jugak aku markah a bit high than half. OK lah tu. Aku nak tumpu benda lain pulak. Bai. Good luck dengan BOSOT mengkome! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #

SK Punan : Site Verification

Imej
SK Punan : Site Verification. Semalam Peta. Hari ni giliran Punan pulak. Punan lebih dekat berbanding Peta. Cuma jalan dia lebih mencabar sebab kami perlu merentasi jalan balak. Banyak perubahan dah berlaku berbanding last aku masuk 5 tahun dahulu. Kawasan sekolah lebih kondusif. Dia dapat bangunan baharu 2012. Lengkap semua bilik yang sepatutnya ada. Cuma ada sedikit masalah dengan controller solar hybridnya. Sempat singgah sungai di hujung kampung. Baru aku tau tebing seberang sungai tu dah Pahang. Hehehe. Kalau Peta. Pahang sebalik bukit. K. Selesai dua buah sekolah yang paling mencabar. Pinggir hutan simpan Taman Negara. Lepas ni kami akan ke sekolah pedalaman terpencil pula.