Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2017

Selamat Bertugas di SPMICT JPNJ : Encik Isfandi Adi Ahmad

Imej
Selamat Bertugas di SPMICT JPNJ : Encik Isfandi Adi Ahmad. Selamat datang dan selamat bertugas di SPMICT JPN Johor. En Adi akan menggantikan tempat Encik Adharizam yang bertukar ke SKPP JPN Johor. Semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Lepak lepak cari idea

Imej
Lepak lepak cari idea. Pagi ni mood sarap ada. Lepak jap cafe. Letak bag goodies Hari Guru 43 KL. Lama dok merenung. Belek sana belek sini. Sahih la dok mikio konsep kan. Hehehe. Dah makin dekat. Makin banyak kena perah idea. Adi sampai. Sambung lepak sesama renung beg goodies ni. Kekeke.

Harga runcit Ron95 & Ron97 Naik 20 Sen, Diesel Naik 10 Sen bagi Februari 2017

Imej
Harga runcit Ron95 & Ron97 Naik 20 Sen, Diesel Naik 10 Sen bagi Februari 2017. Harga baharu RON95, RON97 dan Diesel berkuatkuatkuasa mulai tengah malam ini. Harga baharu bagi RON95 ialah RM2.30 seliter, RON97 pada RM2.60 seliter dan Diesel pada RM2.15 seliter. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ) DAN PENYELARASAN TEKS DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2017

Imej
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ) DAN PENYELARASAN TEKS DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2017. Pakai gambar lama dulu ye. Hehehe. Sementara nunggu gambar yang lebih menerangkan konsep KrMJ ni kan. Apapun. Anda boleh memuat turun garis panduan dan penyelarasan teks doa menerusi pautan berikut : Garis Panduan KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memperkenalkan suatu program yang dinamakan Karakter Murid Johor (KrMJ) bermula sesi persekolahan 2017. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memperkasakan jatidiri dan mewujudkan identiti Johor dalam kalangan murid-murid sekolah. Kejayaan program ini di peringkat daerah dan sekolah adalah bergantung kepada komitmen, keterlibatan serta kerjasama semua pihak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mustaffa bin Ibrahim, Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan di talian 013-7526969 atau Encik Yazid bin Md Said, Penolong Pengarah Disiplin di talian 012-7693669. ps : tak seronok p

Petrol Refill for both Nissan

Imej
Petrol Refill for both Nissan. Hmmm... Sebenarnya malas nak keluar isi petang ni. Dua bijik kereta pulak tu. Minyak pun dedua masih half tank. Tapi lepas ngira ngira. Better isi aje la. Memula isi dulu livina aku. Balik. Amik mama pulak. Baru isi almera. Setel dedua. Orang pun tak ramai sangat petang tadi. Yang best. Dedua kereta aku isi di tempat yang sama, pump yang sama. Hehehe. Ici siap main cak cak lagi yer. Dan satu lagi. Aku pakai SJCam SJ4000 ye. Takde sebarang gelombang. Bukan pakai henpon. First generation. Transfer gambo pakai cable. Kang ada lagi yang cakap aku suka pakai henpon amik gambo kat pump minyak. Hehehe.

Fullmark Premium Inkjet Refill Ink for Brother J415W

Imej
Fullmark Premium Inkjet Refill Ink for Brother J415W. Memasing pakat ngeluh. Printer ni tokleh print cantik la. Printer ni tu la. Printer ni ni la. Memacam. Aku cakap. Ink kuning dah low tu. Tu la sebotol kuning aku isi dari memula beli kot. Kekeke. At last mama beli ink. Biasanya aku pakai esy ink. Kali ni mama belikan fullmark on the way back lepas buka akaun iqa tadi. Clean. Refill. Test print. Kan ke lawa tu. Hehehe. Aku rasa lagi ok kot banding ngan esy ink dulu. K. Lepas ni leh tukar terus brand. Hari tu ada jugak tanya pasal ink refill ori brother. Wowww... Meme kurang mampu milik jugak la harga dia. Takpe. Kita try test pakai yang ni dulu sampai kering.

Kera Liar Detected @ Jalan Wawasan

Imej
Kera Liar Detected @ Jalan Wawasan. Alamak. Tetiba je ada kera berlari depan rumah. Tengok leher. Takde pulak rantai. Weh. Mana pulak datangnya ni. Kalau liar. Sian dia. Ni la akibat kemajuan. Dah abis tempat tinggal dia kena teroka. Dulu selalu melepak dekat area tebing runtuh tu. Yang sebelah air bertakung tu. La ni abih dah kena tarah. Tapi. Dari situ ke dia ni? Yang bestnya. Sempat lagi kena snap dengan aku. Ish ish ish.

Akaun Remaja ASB untuk Iqa

Imej
Akaun Remaja ASB untuk Iqa. Ni antara step tambahan aku untuk iqa. Aku nak nengok camner dia simpan duit dia lepas ni. Memang aku cut half duit dia setiap bulan dan masuk ke sini here after. Dulu. Aku ada akaun ni masa umur 13 tahun. Abah yang buatkan. Dekat 7 tahun baru aku merasa nilai RM1k dalam akaun. Lama jugak kan. Banding ngan iqa. Aku rasa kalau dia ikut apa yang aku bakal buat. Tak sampai setahun kot leh cecah rekod 7 tahun aku dulu. Hahaha. Berapa sangat la yang dapat aku simpan dengan tolak tambang bas ngan komik. Adoyai. Part komik tu paling teruk bagi aku dulu. Sib baik harga komik baru RM2 satu. Hahaha. Dan. Aku dah berjaya buang perangai beli komik tu. Sebab aku dah baca online. Hahahaha. Apapun. TQ mama sebab sanggup berkorban masa setelkan hasrat aku ni. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blog

Gebooz Gedikz : Vaksin @ Klinik Veterinar Johor Bahru

Imej
Gebooz Gedikz : Vaksin @ Klinik Veterinar Johor Bahru. Setel aje semua urusan jenjalan pekan nenas sambung lagi. Mulanya aku nak tapau semua. Mulanya plan untuk ke klinik veterinar untuk gebooz dan ke ASB lepas tu untuk buka akaun baharu untuk iqa. Tapi at last mama kata dia akan bawa iqa kat nusantara dan aku ke bandar baru uda untuk gebooz ngan angah. Terus gerak dari rumah around jam 11 dan tiba di klinik around 11.30 pagi. Alhamdulillah. Kena tau. Klinik ni dia akan berhenti rehat jam 12 tengahari. Sampai lambat kira kena tunggu jam 2 petang lah. So. Ni memang nasib baik untuk aku dan angah. Masuk dan daftar. Ada 3 kucing je di depan Gebooz. Sempat timbang dulu. 2.70kg. Dah makin naik badan dia. Cam biasa. Mengiau marah pasal bau kucing lain kat penimbang tu. Hahaha. Masuk. Dia cucuk vaksin pada Gebooz. Last untuk straight 3 month bagi Vaksin tiga serangkai ni. Vaksin ni kena cucuk 3 kali dalam tempoh 3 bulan. Tak boleh lewat sangat takut nanti kena buat semula. Dah setel un

Jenjalan Santai : Tanah Bakar @ Perniagaan Bumi Jaya, Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Santai : Tanah Bakar @ Perniagaan Bumi Jaya, Pekan Nenas. Singgah sat kat sini. Biasa beli tanah bakar. Lima kampit RM10. Tapi. Hari ni. Nasib tarak ong meh. Tanah bakar habis. Lupa. Raya Cina. Habis semua dah kena beli. At last. Amik tanah baja komposit. Sekampit RM10. Layan aje apa yang ada.

Jenjalan Santai : Pasar Selasa Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Santai : Pasar Selasa Pekan Nenas. Ni ler target kami hari ni. Pasal datang awal tak la rasa sangat bahang yang menyengat. Pun terasa juga lepas dah tawaf satu round. Aku banyak lepak ngan kebudaks aje. Lepak kedai jual apa nam ntah kuih tu. Yang bangla suka makan tu. Dulu familiar betul ngan nama dia. Tapi. Yang kat sini biasa biasa aje. Kalau nak yang best. Aku rekemen kat Pasar Tani Taman Nusantara, atau Pasar Tani Gelang Patah. Memang marbeles, Kalau hari ahad tu. Berderet pekerja kilang bangla beratur nak membeli. Kekeke. Sambung jalan lagi. Masa ni dah jumpa semua dah, Lepak lagi kat ayam Uncle Best. Pun tak berapa best bagi aku. So so aje. Bahagian bertulang pun agak rare. Hehehe. Tapi. Boleh la. Apa yang best pasal kami ni. Perasan tak kami baru aje sarap tadi. Sambung lagi melantak. Ish ish ish. Jalan lagi sampai ke setiap ceruk. Baju JDT pun ada. Tanya berapa harga. RM38. Ish ish ish. Memang aku tak minat sangat ngan design kali ni. Tanya iqa nak yang merah idak

Lepak Santai : Taman Permainan Masjid Jamek Pekan Nenas

Imej
Lepak Santai : Taman Permainan Masjid Jamek Pekan Nenas. So. Kita pecah dua team. Mama gerak masuk ke medan niaga. Aku gerak ngan team kebudaks ke taman permainan. Kekeke. Selalu jugak aku buat cenggini. Sementara matahari tak naik lagi. Kita belasah abis abisan main semua permainan tersedia kat sini. Sayang. Ada beberapa alat senaman yang dah rosak. Buai tinggal satu je boleh main. Takpe lah. Kita main aje yang mana boleh main. Overall. Memang terjaga dengan baik kawasan ni. Yang part rosak tu. Saling beringat la. Kadang kadang nampak jugak yang dah lebih limit pun sibuk nak merasa. Ingat ingat la pada yang berhak kan. Saling ingat mengingati.

Jenjalan Cari Makan : Kafeteria Anjung Dful, Pekan Nenas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Kafeteria Anjung Dful, Pekan Nenas. Macam aku cakap semalam. Hari ni aku cuti. Cuti sebab nak bawa semua jenjalan ke Pasar Selasa kat Pekan Nenas ja. Sian sian sian. Jauhnya bawak bercuti kali ni. Sebelum masuk ke medan jual beli, kita singgah dulu sarap kat Kafe Dful. Bukannya susah. Park kat masjid. Dia satu-satunya kedai makan sebelum masuk ke Pasar Selasa tu. Kekeke. Nenek sama Angah memang sangat suka makan lempeng cicah asam pedas kat sini. Marbeles kata deme. Aku sama Iqa cam biasa. Roti Tampal. Hari ni memang tahap pecah panggung. Aku nyer order tu last roti tu. Wow. Tu aku keluar jam 7.30 pagi tu. Air kena sabar sikit ya. Memang air biasanya lambat. Dia dah cakap awal awal. Orang yang datang pun tak heran pasal air lewat tu. Memasing dok kejar makanan yang super variety kat sini.

DOKUMEN AWAL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Imej
DOKUMEN AWAL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN. Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) yang dibangunkan merupakan dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK bersifat fleksibel untuk memenuhi keperluan kompetensi individu, keperluan organisasi dan standard semasa yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu. PIPPK dapat memberi panduan bagi memotivasikan PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Pelan ini merupakan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan PPP terus kekal berkualiti sepanjang perkhidmatan. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan me

Gebooz Gedikz : Tidur bergelimpangan

Imej
Gebooz Gedikz : Tidur bergelimpangan. Pergghhh... Sampai je rumah. Masuk bilik. Terbaring si Gebooz atas bantal donut Mr DIY tuh. Memang layan sungguh lelap. Tak hingat donia tu. Semalam tido sebelah Angah. Siap kepala atas bantal tu. Hari ni cenggini pulak. Memang tak boleh blah betul perangai si kucen sekor ni. Macam biasa. Siang waktu tidur mati dia. Hahaha.

Back To Work

Imej
Back To Work. Aku tak amik cuti lama pun. Just cukup la cuti umum yang ada. Tapi. Ada janji sikit ngan mama. OK la. Esok aku cuti. Sehari aje. Balik ke cerita hari ni. Cam biasa. Cuti sekolah cenggini memang tenang tul nak gi kerja. Jalan clear abis. Sebab semua pekerja swasta masih cuti. Cuti ganti Ahad kan. Sampai aje. Tugas pertama adalah data siri. Dah habih bulan kan. Of coz aku akan habiskan masa sehari just untuk pastikan data siri dimuat turun, dan lihat analisa yang perlu. Almaklum. Teknikal. Mula aje dah buat pasal. Tak boleh muat turun. Mogok jap.Alhamdulillah. Kali ketiga OK lah dia. Ada 11 tu. Ingatkan tenang muat turun. Sekali laptop pulak mogok. Jenuh aku dok tahan tak bagi restart, sekali... shutdown terus. Overheat. Nak tak nak. Lepak jap. Nunggu update yang sempat dua round dia birukan skrin. Masak. Sedar sedar dah lunch time. Tu pun sedar pasal syukri dok senyum nengok aku. Sahih la aku tak perasan dah jam 1 lebih. Hahaha. Tu pun. Malas aku nak berenti. Setelkan s

Matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tersasar?

Imej
Matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tersasar? Lama aku tak ngomel panjang. Hari ni aku rasa sangat kecewa. Serius. Benar-benar kecewa. Hari tu cuma titik mula kekecewaan. Apa sebenarnya matlamat SBP, dan sejauh mana ibu bapa membantu menyokong hasrat asal penubuhan SBP. Sebab. Aku makin tak nampak apa kecuali semua kemewahan diterapkan di asrama. Apa yang nak, semua ada. Food truck, dobi, mesin air. Hebat. Sama ja macam kehidupan di luar. Cuma cara hidup tu bukannya daripada gaya hidup marhaen. Aku tengok macam iqa pun dah banyak lari tersasar. Dah gaya hidup kat situ gitu. Pening kepala aku. Duit ni macam takde nilai. Macam air je. Semua ada. Yang penting. Ada duit. What do you expect? Aku memang nak iqa bercampur dengan murid projek khas. Belajar erti kesusahan. Belajar menilai erti jerit perih. Bukannya hanya belajar pintar akademik semata-mata. Pengalaman itu sangat bernilai. Tapi... Aku dulu. Nak kata kantin. Sepanjang aku duduk asrama, lima kali pun tak sampai untuk sepan

Resepi modified

Imej
Resepi modified. Hmmm. First time aku makan mihun soto tanpa kicap. Sangat pelik terasa. Memang biasanya kalau aku makan soto mesti sampai hitam pekat kuah dia. Memang tak nikmat tul. Last last kena modified jugak. Hantu pedas bila tak rasa pedas. Memang hilang satu nikmat. Last last pakai sos dengan lada hitam. Dapat la jugak rasa pedas dia tu. Sesekali macam bihun sup utara la pulak.

Kuih Keria Gula Melaka Mama

Imej
Kuih Keria Gula Melaka Mama. Semalam. Sepetang jugak nunggu. Memula proses merebus ubi keledak. Adik Inaz paling sibuk dok nunggu ubi direbus. Lewat petangnya mama mula membentuk kuih sebelum menggorengnya. Nenek pulak dengan gula melakanya. Setel.

Jenjalan Pagi Keliling Kampung : 20170128

Imej
Jenjalan Pagi Keliling Kampung : 20170128. Pagi ni semua pakat bangun awal. Sebab. Semalam dah nangis kena tinggal. Aku jalan ngan Iqi ja semalam. Hari ni Angah la paling awal bangun dan mandi. Terus siap. Jam 7 pagi aje terus gerak. Singgah jap beli sarap sebelum balik. Layan.