Semalaman yang teruji


Semalaman yang teruji. Semalam memang betul betul teruji aku dan mama. Malam pertama di rumah sendiri. Kalau kat spital memang la senang. Dah penat mula la panggil nurse. Minta tolong jaga, tolong kasi makan, dll. Memang super duper senang lenang lah. Walau ada juga terasa penat, tapi banyak bantuan dapat diperoleh. Semalam. Memang tinggal kami aje. Fiqri toksah cerita. Tak nak lepas. Tak aku, mama. Yang penting dapat dipeluk, dapat dipegang. Sesekali tangan terlepas dari bedung, memang dipegangnya jari, tangan, apa sahaja yang dapat dicapai. Mula jam 8 malam sampailah jam 4 pagi. Memang itu lah kerjanya. Mesti ada orang pegang, susukan. Perghhh... Tercabar beb. Aku dan mama memang betul betul teruji. Sampailah jam 4 pagi. Syukur. Akhirnya cabaran kami terhenti. Maybe memasing dah sampai had masing-masing. Fiqri akhirnya lena dipangkuan mama. Aku dah memang habis penat dah ler. Seriously. Bangun jap lepas subuh dan terus terlena sampai 6.30 pagi, di tempat mana aku sembahyang. Perrghhh...

yang penting di pangkuan aku atau mama

sesekali tangannya terlepas

memang tak lepas jari sapa yang memegang

tidur tidur ayam ni


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016