Kaedah Penyimpanan Susu Ibu - Express Breastmilk (EBM)



Kaedah Penyimpanan Susu Ibu - Express Breastmilk (EBM). Pening aku mencari. Akhirnya aku rasa aku berpuas hati setelah membaca dari blog mommy iskandar. So, lepas ni meme aku pun akan pakai kaedah seperti yang ditulisnya. TQ for sharing dan aku pun akan share jugak bagi kegunaan ibu ibu yang lain.

Bahan daripada blog mommy iskandar.

Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

Penyusuan ibu perlukan ilmu.. Bila ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayinya secara eksklusif, semua ibu perlu tahu cara penyimpanan susu ibu yang betul. Kita mahukan yang terbaik untuk bayi kita kan?

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama. Ini gambar mudah untuk anda fahami tempoh masa yang selamat dan cara penyimpanan susu ibu (EBM).

Secara ringkasnya, gambar di atas menunjukkan jika anda menyimpan susu di:
  • Peti sejuk bahagian bawah – susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
  • Peti sejuk bahagian atas / sejuk beku – susu tahan 3 bulan
  • Deep Freezer – susu tahan 6 bulan
  • Pada suhu bilik – susu tahan 4 jam
  • Cooler Bag / Box – susu tahan 12-24 jam
Namun begitu, ada sedikit perbezaan jika anda menyimpan susu bagi peti ais satu pintu dan peti ais 2 pintu. Dan bagi bayi pra matang, ada lebih perhatian boleh diberikan. Sila rujuk Jadual Penyimpanan Susu di bawah ya..


Cara Menyahsejukbeku Susu:
  • Jika anda nak gunakan susu yang telah dibekukan esok hari, turunkan susu tersebut ke peti sejuk bawah pada sebelah malamnya
  • Bila bayi nak minum, rendamkan susu tersebut dalam air panas suam(tidak terlalu panas kerana ia akan merosakkan nutrien dan antibodi yang terdapat di dalam susu )
  • Goyangkan susu tersebut secara perlahan untuk memberi suhu sekata pada susu dan rasa dahulu suhu susu sebelum memberikan terus pada bayi
  • Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, seeloknya sediakan ‘warmer’ bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu anda.
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Info Tambahan Bagi Ibu Bekerjaya:

  1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
  2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
  3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
  4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
  5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Semoga artikel saya ini member panduan berguna untuk anda semua.. Happy Pumping! ;-)

Saya boleh dihubungi di:
Call/Whatsupp: 019-6657 302
Email: farahshoppe@gmail.com
Klik ‘LIKE’ fanpage saya MOMMY ISKANDAR





Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP