Permohonan Secara Online Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 2020


Permohonan Secara Online Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 2020. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti. MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 8 September 2019 hingga 30 November 2019. Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3.

Maklumat Program MRSM

Program IGCSE
International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP)
Program Teknikal
Program Ulul Albab
Program Premier
Program Khas Pendidikan (PKP)

Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan. Sila klik pautan untuk memohon : https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam