Bawang Team : Bang Dol Misai Kucen Ke Masjid Jua


Bawang Team : Bang Dol Misai Kucen Ke Masjid Jua. Kalau nak pergi ke masjid Ali Sengeh selalu berjalan sedikit memutar. Tujuannya, pertama, tentu sekali sunnah. Kedua, Ali Sengeh memang sengaja nak lalu depan rumah Bang Dol Misai Kucen.

Bang Dol Misai Kucen adalah jiran Ali Sengeh yang terdekat. Bukan pasal riya', tapi berharap ada syiar. Agaknya kalau selalu melihat orang ke masjid, hati Bang Dol Misai Kucen mungkin akan tersentuh dan kemudian jadi mahu ke masjid juga.

"Bang Dol, jom..!" jerit Ali Sengeh sambil melambaikan tangan ke arah Bang Dol Misai Kucen. Bang Dol Misai Kucen sedikit rimas. Berlengas pulak rasanya dengar suara Ali Sengeh.
"Jom la kita ke masjid sama.." tambah Ali Sengeh mengajak sambil senyum.
"Kalau kau nak ke masjid, tak payah la ngajak-ngajak. Nanti beritahu ustaz, kalau nak ceramah di masjid, pakai speaker dalam, jangan suka nyindir boleh tak..? nak solat atau tak, ikut suka orang la." jawab Bang Dol Misai Kucen.

Ali Sengeh rasa nak sambung menjawabnya, tapi setelah difikir; tiada gunanya. Karang ada yang bertukar suasana. Berapa kali diajak, Bang Dol Misai Kucen ke masjid tapi tak pernah nak pegi, malah marah-marah.

Tapi hari ini berbeza pulak. Bang Dol Misai Kucen ada di masjid.

Ali Sengeh menitiskan airmata, melihat Bang Dol Misai Kucen berada di saf paling depan.
Terbujur kaku
di depan jama'ah
Bang Dol Misai Kucen....
akhirnya kau ke masjid jua.

Perkongsian dari geng kepada geng
#BawangTeam

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam