PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Nafkah Keluarga Itu Sedekah


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Nafkah Keluarga Itu Sedekah

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ

Daripada Abu Mas'ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat (ikhlas) mengharap pahala maka baginya adalah sedekah". (HR Bukhari No: 53) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap usaha dan pekerjaan seseorang untuk mencari rezeki yang baik dan halal adalah suatu tuntutan.

2.  Seseorang yang bekerja untuk menyediakan nafkah dan keperluan bagi keluarganya dengan ikhlas akan mendapat pahala seumpama sedekah.

3.  Muslim yang bekerja untuk menyara keperluan ahli keluarganya adalah sedekah

4.  Orang yang penat bekerja untuk mencari nafkah orang di bawah tanggungnya akan mendapat keampunan.

مَنْ اَمْسَى كَالًّا مِنْ عَمَلِ يَدَيْهِ اَمْسَى مَغْفُوْرًا لَهُ

“Barangsiapa yang di waktu petangnya merasa penat lantaran pekerjaan kedua tangannya (mencari nafkah) maka akan diampuni dosa baginya.” (HR. Thabrani)

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

08hb Disember  2017
19hb Rabiul Awal 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam