Infografik : Aplikasi Mudah Alih Kementerian Pendidikan Malaysia


Infografik : Aplikasi Mudah Alih Kementerian Pendidikan Malaysia. Actually. Aku dah mula nak rangka infografik ni dari 6 Disember lagi. Lepas dapat makluman berkenaannya dalam mesyuarat JPICT lagi. Tapi pasal dok sibuk dengan tugasan lain dia jadi tertangguh. Lepas tu terus havoc jap pasal lesen Power BI dan Kursus Saintis Data yang tetiba masuk. 12 Disember tetiba bos minta aku bina dan upkan. OK. Pasal memang dalam perancangan dah pun. Baru mula nak cari info sekali lagi bos call. Takwim 2018 kena setel segera. Hahaha. Tu yang tetiba semalam satu hari tumpu pada Bengkel Takwim 2018 aje tu. Alhamdulillah petang tu ada belen masa around setengah jam. Mulanya memang aku rasa tak mampu nak teruskan. Pikir pikir better aku setelkan aje lah. Terus duduk dalam sejam setelkan. Info semua aku dah setelkan pagi tu sebelum mula bengkel takwim. Alhamdulillah. Selesai.

Bagus juga ada aplikasi aplikasi ni. Memang patut disebarluas sebab sebahagiannya adalah kerja rutin guru. eKehadiran untuk guru kelas & PT; eKeberadaan untuk pentadbir. Yang ni memang kerja rutin harian. Dengan adanya aplikasi ni kerja merekod jadi lebih mudah. Nak semak berkenaan dengan prasekolah boleh ambil MyPrasekolah. eTBG untuk pertukaran bukan Guru. Peperiksaan Perkhidmatan Awam boleh ambil MySISPPA. Nak semak semula peperiksaan macam UPSR dan SPM pun ada. Ambil SemakSemula. Sebenarnya bukan 6 ni aje. Cuba masuk ke GAMMA Malaysia. Banyak lagi aplikasi kerajaan yang ada di situ. Cuma maybe promosi berkenaan dengannya amat kurang. Yok kita browse!

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam