KEMPEN HOUR OF CODE


KEMPEN HOUR OF CODE

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4 (2011-2020): Konsolidasi dan Kelestarian. Fokus Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); dan penilaian murid berasaskan keberhasilan. 


A. Hour of Code 

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer. Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker movement.

Hour of Code merupakan satu gerakan global yang memberi impak kepada 100 juta murid di 180+ negara. Melalui aktiviti ini, murid-murid menyelesaikan masalah melalui gamifikasi drag & drop programming secara dalam talian. Proses ini biasanya akan mengambil masa selama 30 – 60 minit sahaja. Klik di sini untuk mencuba contoh aktiviti (Star Wars) - https://code.org/starwars


B. #mydigitalmaker movement

#mydigitalmaker merupakan gerakan kebangsaan yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama KPM, pihak swasta dan universiti yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2016. Gerakan ini bertujuan untuk memupuk minat, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran penyelesaian masalah dan menyediakan murid untuk menghadapi pasaran kerja baru ekonomi digital.


C. Punca Kuasa

Pelaksanaan Hour of Code telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan  Mesyuarat Petugas Khas Inisiatif Digital Tech @ Schools KPM-MDEC bertarikh 10 Oktober 2017. 


D. Komitmen Sekolah dalam menjalankan Hour of Code

Pihak sekolah dikehendaki mengenalpasti guru penyelaras dan murid-murid yang akan mengambil bahagian dalam kempen ini.


E. Kaedah untuk melaksanakan Hour of Code

Langkah 1: Daftarkan sekolah anda melalui Google Form di http://gg.gg/pendaftaran_hoc.
Langkah 2: Muat turun Manual Pelaksanaan Kempen Hour of Code di http://gg.gg/manual_hoc. Ikuti langkah-langkah mudah dan garis panduan yang disediakan.
Langkah 3: Setelah selesai pelaksanaan Hour of Code di sekolah, muat turun Borang Akuan Penyertaan di http://gg.gg/akuan_hoc. 

Seterusnya, muat naik Laporan dan Dokumentasi aktiviti di http://gg.gg/laporan_hoc.


F. Garis Masa

30 Okt – 12 Nov 2017 
Pendaftaran dan Pelaksanaan Hour of Code sekolah melalui Portal KPM

13 Nov 2017 
Tarikh Tutup Pelaksanaan Hour of Code

14 – 15 Nov 2017 
Pemilihan dan pengumuman para pemenang Hour of Code

16 No 2017
Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil di Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017


G. Anugerah dan Hadiah 

Hadiah bernilai RM 47,000 ditawarkan kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Murid-murid yang berjaya menyelesaikan semua tahap akan menerima sijil secara dalam talian oleh Code.org manakala sijil penyertaan akan diberikan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan menepati kriteria yang ditetapkan. 


H. Pautan Laman Web untuk Pelaksanaan Hour of Code

1. Platform Hour of Code – http://gg.gg/hourofcode-my
2. Manual Pelaksanaan – http://gg.gg/manual_hoc
3. Pendaftaran – http://gg.gg/pendaftaran_hoc
4. Borang Akuan Penyertan – http://gg.gg/akuan_hoc
5. Laporan dan Dokumentasi – http://gg.gg/laporan_hoc
6. #mydigitalmaker - https://www.mydigitalmaker.com


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Victor Lam Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Tel : 014-246 2050
Emel : victor.lam@mdec.com.my

Puan Nadya Jaafar Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Tel : 019-764 4489
Emel : nadya.jaafar@mdec.com.my

Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Akademik)

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam