PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mohon Hidayah, Taqwa, ‘Afaf dan Ghina


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mohon Hidayah, Taqwa, ‘Afaf dan Ghina

أنَّ النبيَّ  صلى الله عليه وسلم  كَانَ يقول : اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى  والتُّقَى  والعَفَافَ  والغِنَى

Dari Ibnu Mas’ud RA, beliau berkata, Sesungguhnya Nabi SAW berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, diberikan sifat ‘afaf dan ghina. (HR Muslim No: 2721). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf dan ghina.

2.  An Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim: mengatakan, “”Afaf dan ‘iffah bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”

3.  Marilah kita mengamalkan doa ini:

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى  والتُّقَى  والعَفَافَ  والغِنَى

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pada-Mu petunjuk dan ketakwaan, serta diberikan sifat ‘afaf dan ghina

Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:

a. al huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal.

b. al taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.

c. ‘afaf atau ‘iffah iaitu agar dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

d. al ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qona’ah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

Semoga Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertaqwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

24hb Nov  2017
05hb Rabiul Awal 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied