PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57


Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-57 berlandaskan kenegaraan serta berkonsepkan ‘Malaysia… di sini lahirnya sebuah cinta”. Hadiah utama berupa wang tunai  RM7,000 dan 10 hadiah saguhati wang tunai RM1,000. Sila layari www.ipptar.gov.my atau www.kkmm.gov.my atau www.malaysiamerdeka.gov.my untuk mendapatkan borang dan peraturan penyertaan. Untuk maklumat lanjut, boleh emelkan ke tanyalogo@ipptar.gov.my. Tarikh tutup adalah pada 14 Mei 2014.

Spesifikasi Mereka Cipta Logo
a)  Reka  bentuk  logo  dihantar  menggunakan  kertas  A4  (ukuran  21cm  x 29.7cm)  berwarna  putih  dalam  komputer  grafik  dan  dilekatkan  pada kertas  tebal  atau  mounting  board  dan  dihantar  dalam  bentuk  softcopy menggunakan JPEG resolusi minimum 1280 x 960.
b)  Setiap  reka  bentuk  logo  dan  warna  yang  digunakan  harus  tidak  kurang daripada  dua  warna  dan  tidak  melebihi  lima  warna.  Warna-warna  yang digunakan  harus  mengikut  warna  yang  ada  pada  Jalur  Gemilang  serta mempunyai keterangan atau penjelasan (rasional).
c)  Konsep  penciptaan  logo  sempena  Sambutan  Hari  Kemerdekaan  ke-57 adalah  mengenai  kenegaraan  yang  berkonsepkan  “Malaysia…  di  sini lahirnya sebuah cinta”.
d)  Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam